Saturday, February 27, 2010

[1 Mac 2010] Perjumpaan Bulanan Bersama NC

Perhatian kepada semua mahasiswa UTM.

Naib Canselor UTM akan mengadakan perjumpaan bulanan beliau bersama staf dan mahasiswa bermula jam 7.45 pagi. Lokasi perjumpaan adalah di antara Dewan Senat atau Dewan Sultan Iskandar.

Jemput hadir beramai-ramai untuk mendengar dan menghayati amanat beliau.

Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Makanan UTM

Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Sekarang ini saya berada dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Makanan UTM. Fungsi jawatankuasa ini untuk:
n
1. Promosi makanan bersih dan sihat kepada masyarakat
2. Kajian keperluan pelanggan
3. Kajian kepuasan pelanggan
4. Menyemak aduan pelanggan
5. Pemantauan dan semakan harga jualan

Fokus utama adalah tentang perkhidmatan jualan makanan dalam kampus. Ini kerana terdapat lebih 20,000 pelajar menjalani aktiviti pembelajaran dan penyelidikan di dalam kampus dan sebahagian besar mereka tinggal di dalam kampus. Juga terdapat kira-kira 4,000 orang pensyarah, pegawai dan staf sokongan bertugas di dalam UTM.

Makanan walaupun dilihat kecil akan tetapi ia juga menentukan imej universiti kepada pelawat. Suatu perkara jika keracunan makanan berlaku dalam kampus. Universiti boleh didenda jika makanan yang dijual tidak bersih, tercemar dan tidak mengikut peraturan kesihatan.

Tiga perkara utama yang dibincangkan adalah tentang:
1. Keperluan pelanggan
2. Premis atau ruang perniagaan
3. Kebersihan Makanan

Aduan lalat dan kewujudan serangga dalam makanan masih berlaku akan tetapi para pelanggan dan mahasiswa tidak bersedia untuk buat laporan bertulis.

Pihak pentadbiran masih tidak berpuashati dengan ruang arked, jika dilihat ianya agak sempit kerana pihak peniaga menambah ruang meja sendiri di hadapan gerai. Meja tambahan wujud kerana peniaga cuba untuk memberi lebih banyak pilihan makanan kepada pelanggan. Sesuatu perlu difikir atau layout ruang niaga perlu diubah.

Akan tetapi agak mustahil pihak universiti meminta dikurangkan lauk dengan alasan untuk menambahkan ruang. Masalah ini dilihat kritikal di arked meranti.

Penggunaan polisyterine sebagai bekas makanan sudah ditolak oleh pengurusan UTM dan peniaga diminta untuk tidak lagi menggunakannya mulai 1 Mac 2010. Peniaga diminta untuk berubah menggunakan bekas plastik atau container akan tetapi akan melibatkan penambahan kos 30 sen bagi tiap-tiap bekas. Jika bekas sama digunakan pelanggan untuk esok hari (bawa sendiri), tiada caj dikenakan.

MPPUTM mencadangkan:
1. Semua premis makanan diberikan penarafan A, B dan C bergantung kepada kualiti dan tahap kebersihan. Memudahkan mahasiswa memilih premis yang bersih dan pada harga berpatutan.
2. Meminta HEP dan pentadbiran UTM mendahulukan peruntukan untuk membeli EcoPack USM dalam kuantiti besar untuk membantu merendahkan harga bagi menggantikan poliysterene.

Wednesday, February 3, 2010

Kabinet Mahasiswa MPMUTM 2009/2010


Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

MAJLIS EKSEKUTIF

Presiden
Muhammad Zaki bin Omar

Timbalan Presiden
Ahmat Rajab bin Khairul Yusri

Setiusaha Agong
Noor Aimran bin Shamsudin

Bendahari Agong
Izam Ikhwan bin Kamaruddin


MAJLIS TERTINGGI

Naib Presiden Kolej
Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi

Naib Presiden Fakulti
Nur Azim Fahada bin Ahmad

Naib Presiden Aktiviti
Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud

Naib Presiden Pengurusan
Yin Leang Huat

Setiusaha Kerja
Nurulhayati Bte Md Yusoff

Terima kasih kepada mahasiswa UTM yang telah memberikan kepercayaan anda terhadap kami. InsyaAllah kabinet mahasiswa yang telah dibentuk sedia untuk berkhidmat kepada mahasiswa dan UTM. Kami mengharapkan anda untuk terus bersama kami.