Showing posts with label teori kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label teori kepimpinan. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Kepimpinan Bukan Warisan


Kepimpinan bukan warisan.
Kita perlu mengetahui teori-teori kepimpinan jika mahu menjadi seorang
yang pandai dalam kepimpinan. Teori memberi penjelasan dan panduan
kepada kita. tanpa teori kita teraba-raba dalam gelita mencari jalan,
makna dan penjelasan. Teori ialah konstruk manusia yang boleh berubah
dan bukannya mutlak.

- Intisari Kuliah John MacAuley, 1991 -

Menurut John, seorang Profesor Pembangunan Organisasi dari Sheffield Business School, United Kingdom, bahawa kemodenan yang berpaksikan teori Newton sudah tercabar. Fizik baharu sudah jauh meneroka teori kompleksiti. Kepastian kelmarin mungkin sahaja diragui pada hari ini. Pada abad ini, idea bahawa para pemimpin mengetahui segala realiti sudah menjadi kolot.

Saturday, September 5, 2009

Teori Kepimpinan


"Untuk mengharungi
abad ke-21 kita memerlukan pemimpin generasi baru yang mampu
menguasai kerapuhan suasana, kekacauan dan kekecohan
serta ketidaktentuan persekitaran."

-Warren Gamaliel Bennis-



Bennis ialah bekas Penasihat Presiden Kennedy, Johnson, Carter dan Reagen dari Amerika Syarikat. Kata Bennis, kita patut belajar daripada ular. Reptilia itu bertukar kulit untuk terus membesar dan berkembang. Para pemimpin perlu lebih berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru abad ke-21 jika ingin selamat dan berjaya.