Wednesday, April 21, 2010

Selamat Membudayakan Ilmu Dalam Cuti Semester


Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya dapat kita menjalani peperiksaan akhir semester seperti yang dirancangkan.

Saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada para Mahasiswa UTM yang telah menduduki peperiksaan sepanjang 3 minggu yang lepas. Saya mendoakan anda semua mendapat keputusan yang terbaik dan setimpal dengan usaha yang telah dilakukan.

Cuti hanya beberapa hari lagi akan bermula, apakah yang ada dalam perancangan anda semua? Mungkin sudah ada yang berfikir untuk berkelah, melawat rakan-rakan dan mungkin saja plan nak kahwin..almaklumlah bakal jadi graduan..

Cuma saya ingin mengajak anda semua memanfaatkan cuti ini dengan membuat perkara yang berfaedah untuk masyarakat. Mereka menantikan hasil yang telah kita pelajari selama beberapa tahun di menara gading. Apakah yang mampu kita kongsikan dengan mereka? Bagaimana ilmu yang telah kita pelajari dapat mereka manfaatkan dalam bentuk program khidmat komuniti dan masyarakat?

Perkara seperti ini sewajarnya diberi perhatian oleh mahasiswa yang mana ini sebahagian 'student power' kita laung-laungkan. Berkhidmatlah anda dalam program-program kesukarelawanan samada di kampung serta daerah sendiri ataupun dengan mana-mana NGO yang melaksanakan program khidmat masyarakat. Ambillah peluang ini sebelum anda menceburi bidang pekerjaan atau sebelum anda bergraduasi.

Budayakan aktiviti ilmiah melalui program-program motivasi ke sekolah, khidmat masyarakat, briged bencana, program anak angkat dan lain-lain. Beberapa persatuan ada berkongsi pengalaman bersama saya, menyatakan sukarnya untuk mahasiswa menyertai program-program yang berorientasikan kesekarelawanan.

Program sebegini bukan berorientasikan keuntungan; hanya mereka yang benar-benar ikhlas ingin membantu masyarakat dan mencari pengalaman baru tidak lokek untuk menyumbang tenaga. Pengalaman, ukhwah, persahabatan dan persaudaraan yang wujud hasil daripada keikhlasan kita sebenarnya lebih berharga daripada apa yang kita jangkakan.

Pelajar-pelajar sekolah samada di peringkat rendah mahupun menengah melihat mahasiswa universiti sebagai salah satu ikon mereka. Pengharapan dan penghormatan yang diberi kadang-kadang boleh menyebabkan kita turut terharu seperti pengalaman saya dalam program Baktisiswa TERANG 2008 anjuran JKM KDOJ / K16,17. Malah ada rakan saya dalam satu program motivasi sekolah, dipeluk oleh pelajar sambil menangis meminta tinggal lebih lama bersama mereka..

Mahasiswa mempunyai aset besar yang mereka sendiri tidak sedari melainkan menyertai program-program sebegini. Iaitu ilmu dan pendedahan dengan dunia luar. Perkara yang seperti ini jika dikongsikan dapat membantu ahli masyarakat untuk lebih bersedia menghadapi cabaran dunia akan datang. Pelajar sekolah terutamanya yang KURANG cemerlang akademik sering melihat pembelajaran sesuatu yang menyusahkan dan tidak menyeronokkan. Persepsi ini perlu diubah oleh mahasiswa, jika tidak arus pembangunan negara dan pembinaan modal insan berkualiti tinggi sukar untuk mencapai sasarannya.

Jika kita terlambat akan lebih banyak wang dan tenaga perlu dikeluarkan bagi menampung kos pengurusan dan pencegahan dadah oleh PEMADAM dan kos pencegahan jenayah oleh POLIS. Dan jumlah kos sebegini semakin meningkat dari tahun ke setahun.

Jumlah mahasiswa di seluruh IPT dan IPTA Malaysia mencapai 350,000 orang dan jumlah yang aktif melakukan aktivti sebegini masih rendah pada pandangan saya. Bukan sahaja di UTM malah kampus lain juga. Jika sesiapa bersedia untuk membuat kajian tidak rasmi berkenaan angka sebegini, boleh dapatkan data daripada HEP masing-masing dan buat kiraan tenaga manusia dan jam kerja yang disumbangkan melalui program-program kesukarelawanan dan motivasi sekolah.

Seruan saya kepada mahasiswa, turunlah kepada masyarakat di sekeliling anda. Ada lebih 500,000 pelajar tamat tingkatan 5 pada setiap tahun. Jika hanya 1% daripada mereka tercicir daripada pendidikan dan landasan hidup yang sepatutnya, kemungkinan besar lahirnya 5,000 orang penjenayah setahun amat tinggi dan mungkin lebih besar jumlahnya. Dan bagaimana pula untuk pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4? Jumlah mereka pastinya lebih besar dan jika digabungkan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, tenaga manusia yang diperlukan masih belum mencukupi.

Peranan masyarakat terutamanya mahasiswa amat diperlukan. Sumbanglah sedikit masa dan tenaga untuk kesejahteraan kita bersama. Jangan tunggu sehingga penagih dadah, pencuri, perompak dan peragut berleluasa di jalanan baru kita terfikir untuk bertindak dan mula menuding jari kepada sesetengah pihak. Kita juga mungkin bakal menjadi mangsa jenayah yang kita sendiri tidak mahukan. Oleh itu langkah pencegahannya mesti dimulakan sekarang. Turunlah kepada masyarakat dan pelajar-pelajar. Budayakanlah ilmu bersama masyarakat, jadilah sukarelawan!

Saturday, April 3, 2010

Aktiviti Sepanjang Mac 2010

[1 Mac 2010] Perjumpaan Bulanan Bersama NC, Dewan Sultan Iskandar (done)

[3 Mac 2010] Pembentangan Perancangan MPPUTM bersama TNC HEP (done)

[5 Mac 2010] Indonesian Festival, DSI 8-11 malam (wakil)

[6 Mac 2010]
1. Perjumpaan MPP IPT bersama KPT, Kajang (done)
2. Malam Pra-Graduan, Pulai Spring (wakil)
3. Dinner SUTRA KRP (wakil)

[7 Mac 2010] Dinner K11 Se'Blast' (done)

[8 Mac 2o1o] Mesyuarat khas MPP, HEP dan CICT (done)

[9 Mac 2010]
1. Pelancaran buku 'Natrah' karya Datin Fatini, Terbitan UTM Press di UTMKL. (wakil MPP UTMIC)
2. Mesyuarat Sekretariat Islam UTM, 9.15 malam (done)
3. Mesyuarat Persediaan Pesta Konvokesyen ke-45, 10.30 malam (done)

[10 Mac 2010]
1. Mesyuarat Kebajikan Pelajar Antarabangsa bersama International Student Centre (ISC), 9.00 pagi (wakil)
2. Penyampaian Watikah Pelantikan MPPUTM, 2.00 petang (done)
3. Mesyuarat Kebajikan UTM, 3.30 petang (done)

[13 Mac 2010] Seminar Transformasi Pendidikan Teknik Vokasional (PTV)
Ke Arah Pemantapan Pendidikan Dan Kerjaya (done)

[14 Mac 2010]
Makan Malam Puncak Perdana 2010 (done)

[16 Mac 2010]
1. Mesyuarat Harga Syiling Makanan UTM, 9 pagi.
(zaki, rajab)
2. Career Carnival 2010 - Special Luncheon Talk 12.30 tengahari (wakil)

[20 Mac 2010]
Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa
(done)
Dewan Sultan Iskandar
8.30 pagi - 4.30 petang

[22 Mac 2010]
Taklimat Biasiswa Fulbright dan Fellowship.
(done)
Dewan Senat UTM, 10.00 pagi
Terbuka kepada semua mahasiswa.

[24 Mac 2010]
1. Perjumpaan MPMUTM bersama Dato' Shaziman, Menteri Kerja Raya di Lobi parlimen 12.30 tgh
(done)
2. Mendengar sesi perbahasan 3.00 petang
(done)
3. Makan malam MPMUTM bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin
(batal)

[28 Mac 2010]
Dato Lat The Kampung Boy, Ahad, 8 malam, Pentas Utama Pesta Konvokesyen..
Jom datang beramai-ramai..(^_^)