Tuesday, March 31, 2009

Renungan Buat Pemimpin



Daripada Abu Zar Al-Ghifari r.a katanya Nabi S.A.W menasihatinya dengan masalah kepimpinan.

"Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah dan pada hari kiamat ia merupakan suatu penghinaan dan penyesalan melainkan pemimpin yang melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab dan melaksanakan tugas yang tertanggung di atas bahunya".

Renungan buat diri dan sahabat pimpinan.


Catatan di atas merupakan SMS yang dihantar oleh sahabat seperjuangan dalam arus kepimpinan MPPUTM. Alhamdulillah kerana ada peringatan sebegini dan semoga tidak tersasar dalam memegang tanggungjawab yang diamanahkan.


Saturday, March 21, 2009

CINDAI yang HEBAT!

UTM Skudai, 21 Mac 2009: Program sempena Kempen Mahasiswa Sedar 2009 (MAHAR '09), Seminar Cintaku Dari Illahi (CINDAI) telah diadakan di Dewan Seminar, Aras 4, CICT UTM Skudai pada pagi ini.



Program ini yang berjaya menarik perhatian hampir 270 orang mahasiswa UTM bermula dengan sesi pendaftaran pada pukul 8.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, penceramah yang dijemput khas dari Masjid Sultan Ismail (MSI), iaitu Ustaz Mohd Ismail Bin Mustari memulakan sesi pertama pembentangan kertas kerja bertajuk "Perkahwinan Semasa Belajar Antara Pro dan Kontra".



Pembentangan kertas kerja bertambah menarik apabila penceramah menceritakan pengalaman beliau sendiri sebagai seorang mahasiswa yang berkahwin di alam pengajian ketika menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir.



Selepas minum pagi, sesi kedua pembentangan kertas kerja bermula pada pukul 11.30 pagi, didahului dengan sesi soal jawab antara peserta dengan penceramah. Pelbagai soalan menarik dilontarkan oleh para peserta yang ingin memahami lebih lanjut mengenai isu perkahwinan semasa belajar. Penceramah turut menerangkan fungsi hati sebagai magnet yang menarik rezeki, hidayah, keberkatan, ketenangan, kesihatan, syurga, neraka, sakit, bencana, di'ayah, rasa sayang dan juga rasa benci.


Para peserta yang hadir turut disajikan dengan persembahan video klip nasyid De'Hearty, "Permata Yang Dicari", di penghujung program. Pengarah MAHAR'09 merangkap pengarah CINDAI, saudara Mohd Affendi Bin Ismail, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada peserta yang hadir dan mengharapkan maklum balas daripada para peserta bagi meningkatkan mutu program pada masa hadapan. Semua ahli jawatankuasa program CINDAI dan MAHAR menyatakan penghargaan kepada peserta yang menghadiri program dan berharap agar program seperti ini terus mendapat sambutan yang memberangsangkan pada masa akan datang.



Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerohanian dan Sosial MPPUTM (JAKERS) atas penganjuran program yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh segenap lapisan mahasiswa. Semoga perubahan ke arah yang lebih baik dapat dilihat di kalangan mahasiswa UTM.

Download kertas kerja CINDAI'09
Sesi 1 : Perkahwinan Semasa Belajar di Antara Pro dan Kontra

Sesi 2 : Isu-isu Perkahwinan Masa Kini

Diubahsuai daripada:
CINDAI: Cinta - Nikmat ALLAH Yang Letaknya Di Hati

Wednesday, March 18, 2009

Seminar Cintaku Dari Ilahi



** Dengarkan pembentangan yang hebat daripada Ustaz Ismail Mustari



** Lontarkan Persoalan Anda Di Sini..!!!



** Anda Pasti Akan Berpuashati..!!!

Friday, March 6, 2009

My Name Card

Tahniah kepada Jabatan Penerbitan dan Maklumat atas kejayaan anda menyiapkan name card MPP.

Terima kasih!




Monday, March 2, 2009

Kem Induksi Hari Ke-2

Salam wbt..

Selamat Sejahtera..

Salam Perpaduan..

Apa khabar sahabat semua? Saya ingin minta maaf kerana tidak men'update' blog dengan agak lama. Sibuk sana-sini sampai tak sempat plan apa yang nak dikongsi walaupun banyak perkara sebenarnya. Saya tak suka nak menulis sesuatu dalam keadaan tak bersedia kerana memikirkan mungkin isi yang dikongsi agak 'tidak sempurna' atau tidak kemas (walapun sedang menulis sekarang ni)..

Hari ni saya ingin kongsi pengalaman hari kedua di Kem Bina Negara Kundasang sebagaimana yang dijanjikan.

Hari kedua ni kami mulakan dengan senaman ringan seawal 6.30 pagi. Subuh di sini mula jam 5 pagi, awal sejam. Sebab tu 6.30pagi dah terang benderang..


6.30 pagi. Tengok..cahaya matahari terbit.. Segar mata memandang


Nak posing jugak..



Aku di'candid',tapi tak tau sapa.. Ok jugak sebab ada gaya fasi haha..


Posing jap berlatarbelakang Gunung Kinabalu




Bergambar beramai-ramai selepas bersenam bersama Dato' Alias

Lepas sarapan ada taklimat oleh Dato' Alias, mantan TNC HEP


Kemudian kami bertolak jam 11 pagi ke UMS. Sebahagian lawatan muhibbah kami sepanjang di sini. 2 jam juga nak sampai ke sana.


Saya dan Aimran dalam bas


Sama-sama nyanyikan lagu Negaraku, Keunggulan Terbilang dan lagu UMS


Melawat perpustakaan UMS


Berjalan-jalan dalam perpustakaan UMS




Kemudahan komputer yang membuatkan kami teruja..


Tapi nak guna kena bayar daa..


Bergambar jap sebelum lawatan berakhir. Banyak lagi tempat dilawati tapi perpustakaan yang paling utama. Nak tengok banyak lagi gambar kena datang bilik MPP la.

Kemudian balik semula ke kem Kundasang. Dalam jam 9mlm kami tiba di kem, makan-makan sejam dan ada sesi bersama pengetua-pengetua kolej.


En.Ishak, P.M. Ahmad Khalid, Prof. Yahya, Dr. Sulaiman

Sesi ini berakhir 12tgh malam bersamaan 1pagi di Semenanjung. 5pagi nak kena bangun plak untuk aktiviti hari ke-3. See ya! (^_^)