Friday, January 23, 2009

Dilema Aku dan Israel..

Kawan - kawan ,

Ada satu soalan dan masalah ni.....

Dulu aku kerja kat
,

Bila tengah hampir hujung bulan atau masa orang rumah malas masak,
aku makan
,

Nak shopping barang masa offer selalu kat ,
Bila nak kuat selalu minum MILO cap
,

Bini pakai mekap nak pakai yang ada cap ,,

Bila orang rumah bendera merah suruh beli
Barang baby banyak pakai yang
,
Sekarang anak2 tak pakai lampin..........kini pamper...

Bila balik rumah tengok anak dok depan TV tengok
,
yang belajar sekolah tengok

Aku marah suruh tukar pi tengok movie
,
untuk berita sensasi terkini

Sambil layan TV aku minum
dan makan ,
Ahhhhhh.......cooooooo........ yang di guna
Teringat esok nak kerja terus pi kilat kasut pakai ,

pakai baju polo


Nak bagi wangi dalam rumah pakai
,
sebelum gi kerja.....nah...sembur keliling badan

Sambil tunggu customer di
habis baca surat khabar tempatan baca
Balik rumah letih cari dalam peti ais ada
,

Dan yang lebih penting nak cerita masalah ni kat hang pun aku nak kena pakai telefon yang bercap

FUhhhh...pening kepala..aku capai rokok berjenama ........


Apapun aku tetap BOYCOTT ISRAEL ..

Thursday, January 22, 2009

Terima Kasih Para Pengundi

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Salam perpaduan

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ibu dan ayah saya, Omar bin Abdullah dan Wan Zaimah bte Wan Abdul Rahman, pendidik yang telah berjaya mendidik dan mengasuh saya dengan sangat baik hingga ke saat ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat jentera Pemilihan MPP yang bekerja keras berkempen dalam membantu kemenangan saya. Juga kepada sahabat-sahabat para pengundi yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka.

Amanah dan kepercayaan ini, InsyaAllah tidak akan saya sia-siakan. Sebagai muslim, kami percaya amanah dan tanggungjawab akan kembali dihitung dan dipersoalkan di akhirat kelak.

Oleh itu, saya memohon bantuan dan pertolongan sahabat-sahabat semua untuk sama-sama kita bekerjasama untuk kebaikan diri kita dan UTM. Saya akan memperjuangkan peningkatan kualiti kebajikan pelajar, perpaduan kaum yang lebih kukuh, aktiviti akademik yang cemerlang dan kepimpinan yang lebih berkesan, InsyaAllah.

Dalam kepimpinan ini saya mengharapkan teguran dan nasihat anda semua agar saya dapat menunaikan amanah dengan lebih baik. Sebarang bentuk pandangan dan cadangan anda semua amat dialu-alukan.

Apa yang penting..? Kerjasama.. Ini adalah motto saya.

Dengan kepercayaan daripada anda semua, saya akan menjadikan blog ini sebagai blog rasmi saya. Sebarang perkongsian dan update daripada saya akan disalurkan melalui blog ini, insyaAllah.


Wassalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera,
Salam Perpaduan,


Daripada Mahasiswa Untuk Mahasiswa
Muhammad Zaki bin Omar

Sunday, January 11, 2009

Bantulah Penuntut-Penuntut Ilmu..!

Assalamualaikum WBT..!
Selamat Sejahtera..!
SalamPerpaduan..!


Saya Muhammad ZAKI bin Omar dengan ini berjanji akan sedaya-upaya berusaha untuk memikul amanah dan tanggungjawab jika dipilih untuk menjadi pemimpin anda, sahabat-sahabat semua dalam pemilihan Perwakilan Pelajar 2009 ini.

Menuntut ilmu adalah amalan yang mulia dan diterima sebagai salah satu cabang jihad dalam ISLAM. Iaitu jihad menuntut ilmu..

Orang-orang yang menuntut ilmu untuk kebaikan masyarakat sangatlah besar ganjarannya di sisi Allah. Dan orang yang membantu penuntut-penuntut ilmu agar mereka dapat belajar dengan lebih baik, InsyaAllah akan diberi ganjaran yang setimpal daripada Allah S.W.T.

Itulah yang saya cuba lakukan sekarang..membantu berusaha untuk mendapatkan liputan wifi yang lebih luas, perkhidmatan bas yang lebih cekap, parking berbumbung, perpaduan kaum yang lebih mantap, memperbanyak aktiviti akademik melalui forum, dialog dan seminar serta responsif terhadap isu-isu semasa.

Semoga ganjaran membantu anda semua untuk belajar dengan lebih baik dapat menampung kekurangan diri saya dan sedikit sebanyak dapat membantu saya melepaskan diri daripada azab Allah S.W.T.

Jika menjadi menyertai dan memenangi kerusi umum Pemilihan MPP membolehkan saya untuk membantu anda dengan lebih baik, maka undilah saya.

UNDILAH SAYA!
PLEASE VOTE FOR ME!

Muhammad Zaki bin Omar
2SPE, Fakulti Pendidikan

Saturday, January 10, 2009

Ke Arah Peningkatan Kualiti Kebajikan


Assalamualaikum wbt..
Selamat sejahtera..
Salam perpaduan..

Kebajikan mahasiswa telah menjadi isu yang diperkatakan sejak sekian lama. Setelah beberapa generasi kepimpinan MPP berlalu, perkara ini masih diperkatakan kerana keperluan manusia sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Apa masalah yang kita hadapi sebenarnya? Apakah bentuk kebajikan pelajar yang masih belum disediakan oleh pengurusan universiti? Bas? Wifi? Parking berbumbung? Mungkin anda sendiri boleh nyatakan.

Di sini saya ingin mengutarakan bahawa kebajikan yang akan saya bawa bukan lagi yang stereotaip yang menumpukan pada satu sudut sahaja.

Berkaitan wifi dan perkhidmatan bas. Tidak dinafikan bahawa setiap kolej sudah mempunyai kawasan akses wifi yang tersendiri dan perkhidmatan pengangkutan bas pelajar berfungsi di semua kolej. Saya percaya pihak HEP dan CICT telah berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pelajar. Terima kasih kepada mereka!

Walau bagaimanapun, kita masih manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan juga kekurangan. Wifi ada dan telah disediakan tetapi liputannya tidak meluas, signal lemah, penghantaran data yang bermasalah. Perkhidmatan bas juga berjalan lancar tetapi kelewatan juga masih berlaku dan sesetengah mahasiswa lewat ke kelas.

Oleh itu, saya Muhammad Zaki bin Omar akan berusaha sedaya upaya untuk memperjuangkan perkhidmatan wifi yang lebih baik di setiap kolej. Melalui MPP, saya akan berusaha bersama CICT mencari jalan penyelesaian terbaik. Usaha ini telah mula dijalankan di kolej penginapan saya, Kolej 16/17 yang bukan sahaja melibatkan pihak Kolej dan CICT, malah pelajar yang mahir dalam bidang Elektrik Elektronik akan turut berusaha bersama-sama. Kami ada caranya, InsyaAllah.

Saya akan memperjuangkan perkhidmatan bas yang lebih baik. Saya melalui MPP akan duduk semeja bersama HEP untuk mencari jalan bagaimana kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bas dapat dipertingkatkan.

Melalui MPP saya akan berusaha bekerjasama dengan pihak kolej untuk menyediakan parking berbumbung bagi pelajar bermotosikal. Saya akan duduk semeja berbincang dengan pengurusan kolej-kolej, memohon pihak pengurusan untu memperuntukkan belanjawan bagi menyediakan parking berbumbung untuk 50 buah motosikal pelajar setiap semester.

Oleh itu, saya Muhammad Zaki bin Omar memerlukan kerjasama anda untuk membolehkan agenda WIFI YANG BERKUALITI dan PERKHIDMATAN BAS YANG CEKAP berjaya dilaksanakan.

Berikan saya SATU daripada undi-undi anda!

UNDILAH SAYA!
PLEASE VOTE FOR ME!

Friday, January 9, 2009

Calon Umum MPP UTM 2009


Nama : MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
Fakulti : Fakulti Pendidikan, UTM
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Tahun : 2
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu

PENCAPAIAN
Ketua Pengawas Sekolah (2002)
Pengerusi Persatuan Silat (2002)
Pengerusi Kelab Bahasa Melayu (2002)
Ketua Rumah Sukan (2002)
Pengerusi ALUMNI Sekolah (2003-2004)
Diploma Kejuruteraan Elektrik Elektronik, UTMKL International Campus (2006)
Biro Keusahawanan Kolej 16/17 (2008)
Naib Presiden II, Persatuan Mahasiswa Pendidikan (2008)

BACKGROUND
SR Pasir Panjang, K.Trg
SMK Bandar, K.Trg
UTMKL International Campu

MANIFESTO
Memastikan KEBAJIKAN mahasiswa diutamakan dan setiap permasalahan yang diutarakan mendapat perhatian yang utama.

Berusaha agar PERPADUAN antara kaum sentiasa terpelihara dan ditingkatkan dari masa ke semasa.

Memastikan agenda pencapaian AKADEMIK yang cemerlang melalui forum, dialog, program-program PENDIDIKAN dan kursus kemahiran dilaksanakan dalam memberi nilai tambah kepada mahasiswa.

Mendepani arus KEPIMPINAN pelajar agar hak-hak mahasiswa UTM terpelihara.


DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat sejahtera..
Salam perpaduan..

Dalam usaha untuk melaksanakan isi kandungan manifesto di atas, dokongan dan sokongan daripada anda semua para pengundi amat penting untuk memastikan segala agenda yang terkandung dalam manifesto di atas berjaya untuk dilaksanakan.

Undian daripada anda akan menentukan kemenangan saya sebagai calon umum dalam Pemilihan Perwakilan Pelajar kali ini.

VOTE FOR ME!

** Next update on Sunday, 11 January 2009, 12pm.