Sunday, February 15, 2009

Kem Induksi MPPUTM di Kundasang, Ranau, Sabah

Salam wbt…

Selamat sejahtera..

Salam perpaduan..


Pada 6-10 Feb 09 yang lepas kami MPP UTM telah menyertai Kem Induksi MPPUTM yang bertempat di Kem Bina Negara, Kundasang, Ranau, Sabah.


Saya hampir-hampir terpaksa ditinggalkan kerana tidak memiliki MYKAD (hilang), walaupun telah menunjukkan salinan laporan polis, pihak AIRASIA tidak dapat meluluskan kerana Imigresen Sabah tidak akan menerima kehadiran saya. Mereka menerima jika mempunyai resit rasmi pembayaran untuk kad pengenalan baru daripada JPN.













Azim, Zaki, Affendi, Taufek


Rakan-rakan MPP dah pun ucapkan salam perpisahan. Hampeh betol.. Tapi saya tahu mereka bergurau.


Alhamdulillah resit pembayaran tersebut ada tapi di bilik kolej. Saya terpaksa menelefon roommate, Wan dan adik saya Firdaus untuk tolong sama-sama cari dan hantarkan kepada saya di Airport Senai.

















Jam menunjukkan 6 pagi. Terima kasih kepada Azureen yang sudi pinjamkan kreditnya hehe..

















Firdaus telah menelefon memberitahu telah menjumpai resit dan akan segera hantarkan. Saya telah menjangka dia akan memandu sangat laju. Itu memang kebiasaan dia. Sempat lagi untuk saya sembahyang subuh terlebih dahulu..


6.20 pagi Firdaus telefon mengatakan dia telah tiba di Airport Senai. Alhamdulillah dia selamat sampai. Setelah diserahkan resit saya mengingatkan agar dia tidak memandu terlalu laju sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa yang mendatang.


Segera saya ke kaunter AIRASIA dan pendaftaran berjalan lancar.


Alhamdulillah kami selamat tiba setelah melalui 2 jam 10 minit perjalanan.




















Hari pertama kami di Kundasang tidak diisi dengan banyak aktiviti kerana masih ramai yang keletihan. Kami kumpulan pertama yang tiba 8 orang masih agak keletihan.

Lebih-lebih lagi MT kerana sudah lebih 24 jam tidak tidur.


Sebelum bertolak ke Senai 4.30 pagi, kami (Majlis Tertinggi) telah bermesyuarat hingga 3 pagi pada 6 Feb tersebut. Lagipun saya masih belum kemaskan barang untuk dibawa. Kelam-kabut sedikit saya pada pagi tersebut tapi alhamdulillah tepat 4.30 pagi tiba di FAB untuk naik van HEP ke Senai Airport. Presiden kami, Hadi memang tegas dengan masa huhu..















Aktiviti hari kedua InsyaAllah akan menyusul.

Wednesday, February 11, 2009

UTM tampil imej baru


















Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang (kanan) memperkenalkan imej baru UTM di Skudai, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini berimej baru.
Imej baru itu melibatkan penambahbaikan terhadap logo, slogan dan penampilan yang lebih dikenali dan berdaya saing.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, penjenamaan semula imej tersebut dilakukan bagi memudahkan orang ramai mengenali universiti berkenaan.

Sebelum ini, UTM, katanya hanya memaparkan logo dan agak mengelirukan orang ramai.

"Ini kerana terdapat 20 institut pengajian tinggi awam di negara ini. Bagaimanapun, dengan imej baru ini orang ramai akan dapat mengenali UTM dengan lebih mudah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran imej baru universiti itu di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai di sini semalam.

Menurut Zaini, usaha penjenamaan imej baru tersebut dilakukan sejak empat bulan lalu oleh beberapa pensyarah dan kakitangan universiti.

Katanya, UTM akan menggunakan logo yang mengandungi nama pusat pengajian tinggi itu di sebelah kanan lambang universiti dalam semua urusan.
















































http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Sunday, February 1, 2009

Harga tiket bas naik musim cuti

Berita Harian
Surat Pembaca
Jumaat 30 Januari 2009

Harga tiket bas naik musim cuti

MUSIM perayaan adalah masa dinantikan oleh kebanyakan masyarakat mahasiswa. Ketika inilah mahasiswa mengambil peluang pulang ke kampung halaman bertemu keluarga dan sahabat handai di samping melepaskan tekanan sebagai mahasiswa di kampus.

Ironinya, semangat untuk pulang ke kampung menjadi hambar apabila menyaksikan kerakusan sesetengah pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Pengusaha bas mahupun teksi sewenang-wenangnya menaikkan caj perkhidmatan pada musim perayaan.

Sebagai contoh, kos perjalanan dari Skudai ke Melaka menggunakan perkhidmatan bas ekspres dinaikkan daripada RM19 (termasuk 30 peratus surcaj) kepada RM22, manakala dari Skudai ke Kuala Lumpur dinaikkan daripada RM31.20 mencecah RM35.

Lebih memeranjatkan ada pengusaha tiket bas menaikkan harga sehingga 100 peratus. Kos perjalanan ke Utara (Kedah) sebagai contoh meningkat daripada RM73 kepada RM150. Ini belum menyentuh sikap pemandu teksi di Skudai yang rata-rata menggantikan bahan bakar petrol kepada NGV untuk mengurangkan kos.

Fakta menunjukkan, seunit liter NGV yang digunakan memakan kos hanya 68 sen seliter, bermakna penggunaan satu kilometer bagi teksi hanya sekitar 4 hingga 8 sen satu kilometer. Dengan jarak perjalanan dari Skudai ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kurang 10km dan keadaan trafik yang sentiasa lancar, mahasiswa dikenakan caj RM12 hingga RM20 bagi sebuah teksi.

Caj RM7 seorang pula dikenakan untuk destinasi berbeza mahupun masih dalam UTM. Jika didarabkan kepada empat penumpang sebuah teksi, sekali perjalanan pemandu teksi mendapat kutipan caj mencecah RM28.

Justeru, selaku mahasiswa yang responsif kami Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM 2008/09) menyeru pihak yang terbabit supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengeksploitasikan keadaan.

Pihak bertanggungjawab pula diminta supaya mengenakan tindakan tegas kepada pengusaha yang sering mengambil kesempatan.

ABDUL HADI ABDUL HALIM,
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2008/09,
Universiti Teknologi Malaysia.

Kem Induksi MPPUTM 2008/09

Assalamualaikum wbt..

Selamat Sejahtera..

Salam Perpaduan..


Alhamdulillah Kem Induksi MPPUTM 2008/09 telah berakhir dengan jayanya. Lokasi yang terpilih adalah di Dewan Sri Resak KTDI. Berdasarkan kekangan masa yang ada, kem ini terpaksa diadakan di dalam UTM.

Induksi selama 4 hari yang bermula 29 Januari hingga 1 Februari, pada pendapat saya telah mengeluarkan putik-putik bunga yang bakal mengharumkan suasana kampus sepanjang 2009 ini, InsyaAllah.

Harapan saya segala perancangan dan strategi untuk menyumbang ke arah pembangunan kampus dan peningkatan kualiti kebajikan pelajar dalam segenap aspek akan berjaya dilaksanakan.

Objektif Kem Induksi ini adalah untuk:

1. Menetapkan visi serta misi MPP

2. Menetapkan portfolio ME, MT serta jabatan-jabatan MPP

3. Merancang aktiviti MPP sepanjang 2009.

Walaubagaimanapun hasil kerja, visi, misi serta perancangan setahun MPP tidak dapat saya kongsikan sekarang ini selagi ia tidak diisytiharkan secara rasmi.

Apa yang dapat saya perhatikan selama 4 hari ini, setiap perwakilan pelajar yang telah dilantik menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam sesi brainstorming untuk mendapatkan kaedah dan idea yang terbaik dalam setiap perancangan. Dan Alhamdulillah hasilnya amat memberangsangkan dengan idea dan buah fikiran yang bernas dan kreatif.

Saya merasakan slogan terbaru UTM ’Inspire Creative Mind’ amat relevan dengan kepimpinan dan perwakilan sesi kali ini. Semoga usaha kecil kami ini mendapat keredhaan Allah dan sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kualiti kebajikan dan akademik pelajar.

Segunung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada perwakilan yang telah sudi mengorbankan masa cuti mereka, masa untuk bersama keluarga demi untuk menghadiri Kem Induksi MPPUTM 08/09.

Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat semua, ikhlaskan diri kita, ikhlaskan usaha dan perbuatan kita, niatkan ianya kerana Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T sebaik-baik pemberi balasan.


Assalamualaikum wbt..

Selamat Sejahtera..

Salam Perpaduan..


Daripada Mahasiswa Untuk Mahasiswa

Muhammad Zaki bin Omar