Thursday, April 16, 2009

Delegasi Ke Luar Negara

Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.
Salam Perpaduan.

Sudah agak lama saya tidak menulis rupanya. Kemahuan untuk menulis ada tapi tekanan dan ruang masa yang terbatas membuatkan idea menulis kurang mantap. Apa pun saya kena paksa diri jugak untuk menulis.

Sekarang ni dalam minggu Study Week, maknanya kena betul-betul study la. Baca 4 jam dah letih huhu..pastu mesti tido. Bangun baca lagi..hafal..buat nota kecik(bukan toyol ek..) dan baca..baca dan baca.. Itulah aktiviti seharian sekarang.

Saya baru mendapat tugas baru dalam MPP. Saya diamanahkan untuk memegang unit penajaan untuk Delegasi Ke Luar Negara. Masih belum rasmi lagi mana nak pergi tapi dah ada list tempatnya. Tarikh dijangka ke sana adalah 24 November 2009. InsyaAllah jika tiada masalah akan bertolak ke sana dengan jayanya.




Inilah file yang kena baca sekarang. Nak minta penajaan bukan senang. Sapa yang nak bagi ribu-ribu kalau dia rasa apa yang kami buat tak penting untuk mereka. Oleh itu, skill komunikasi mestilah diasah sebaik mungkin supaya mampu meyakinkan bakal-bakal penaja.

Penajaan memang bidang yang saya mahu ceburi sejak sekian lama, cuma tak berpeluang. Banyak kelebihan berada dalam unit ni(bukan pasal duit) sebab kita boleh jumpa ramai orang. Daripada pegawai eksekutif, pengarah, pegawai HR dan segala macam jenis orang lagi.

Apa pun, insyaAllah saya cuba buat sebaik mungkin dengan tugas baru ini dan saya akan cuba pastikan kerja saya sebagai Naib Presiden Fakulti tidak akan terjejas.

Sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum wbt.
Selamat Sejahtera.
Salam Perpaduan.

4 comments:

  1. ehem2 pakcik. hoho. k chiayo3. selamat bekerjasama!. yeah. MY TEAM. hoho

    ReplyDelete
  2. betul ke MPP nk keluar negara??saya rasa agak kurang sesuai kerana ia mengambil satu persiapan yang cukup teliti dan fokus yang bpanjangan..jadi bimbang MPP akan hilang fokus pada tugasnya yang sebenar..Kebajikan dan program pelajar..harap dipertimbangkan.perlu diteliti semula..lagipun november itu kamu semua bukan lagi MPP

    ReplyDelete
  3. betul2..utamakan kebajikan rakyat

    ReplyDelete
  4. Salam.. Memang betul kami insyaAllah akan ke sana. Tarikh baru dalam bulan September..

    Jangan risau..pembahagian kerja ada dilakukan. Kebajikan tidak akan diabaikan. Ini janji kami.

    Sokongan anda semua amat diharapkan..

    Sebarang teguran dan cadangan amat dialu-alukan. Boleh emailkan terus kepada saya.

    mzaki_mpputm@yahoo.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete