Assalamualaikum wbt...
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Sekarang ini saya berada dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Makanan UTM. Fungsi jawatankuasa ini untuk:
n
1. Promosi makanan bersih dan sihat kepada masyarakat
2. Kajian keperluan pelanggan
3. Kajian kepuasan pelanggan
4. Menyemak aduan pelanggan
5. Pemantauan dan semakan harga jualan
Fokus utama adalah tentang perkhidmatan jualan makanan dalam kampus. Ini kerana terdapat lebih 20,000 pelajar menjalani aktiviti pembelajaran dan penyelidikan di dalam kampus dan sebahagian besar mereka tinggal di dalam kampus. Juga terdapat kira-kira 4,000 orang pensyarah, pegawai dan staf sokongan bertugas di dalam UTM.
Makanan walaupun dilihat kecil akan tetapi ia juga menentukan imej universiti kepada pelawat. Suatu perkara jika keracunan makanan berlaku dalam kampus. Universiti boleh didenda jika makanan yang dijual tidak bersih, tercemar dan tidak mengikut peraturan kesihatan.
Tiga perkara utama yang dibincangkan adalah tentang:
1. Keperluan pelanggan
2. Premis atau ruang perniagaan
3. Kebersihan Makanan
Aduan lalat dan kewujudan serangga dalam makanan masih berlaku akan tetapi para pelanggan dan mahasiswa tidak bersedia untuk buat laporan bertulis.
Pihak pentadbiran masih tidak berpuashati dengan ruang arked, jika dilihat ianya agak sempit kerana pihak peniaga menambah ruang meja sendiri di hadapan gerai. Meja tambahan wujud kerana peniaga cuba untuk memberi lebih banyak pilihan makanan kepada pelanggan. Sesuatu perlu difikir atau layout ruang niaga perlu diubah.
Akan tetapi agak mustahil pihak universiti meminta dikurangkan lauk dengan alasan untuk menambahkan ruang. Masalah ini dilihat kritikal di arked meranti.
Penggunaan polisyterine sebagai bekas makanan sudah ditolak oleh pengurusan UTM dan peniaga diminta untuk tidak lagi menggunakannya mulai 1 Mac 2010. Peniaga diminta untuk berubah menggunakan bekas plastik atau container akan tetapi akan melibatkan penambahan kos 30 sen bagi tiap-tiap bekas. Jika bekas sama digunakan pelanggan untuk esok hari (bawa sendiri), tiada caj dikenakan.
MPPUTM mencadangkan:
1. Semua premis makanan diberikan penarafan A, B dan C bergantung kepada kualiti dan tahap kebersihan. Memudahkan mahasiswa memilih premis yang bersih dan pada harga berpatutan.
2. Meminta HEP dan pentadbiran UTM mendahulukan peruntukan untuk membeli EcoPack USM dalam kuantiti besar untuk membantu merendahkan harga bagi menggantikan poliysterene.
assalamualaikum sdr zaki..
ReplyDeletetahniah kerana berusaha meingkatkan kualiti makanan di utm. mungkin ramai menganggap ia adalah isu yang remeh berbanding isu wifi namun dari segi kesannya makanan amat penting dalam mencorakkan kesihatan dan peribadi individu itu sendiri. segala usul yg saudara usulkan amat saya sokong. walaupun begitu sebagai mahasiswa utm saya menuntut hak saya dan mahasiswa yang lain agar makanan yang dibeli di utm ini adalah terdiri daripada makanan yg halal dan bersih. hal ini sesuai dengan cadangan mpp untuk meletakkan label penarafan kualiti namun saya memohon dari segi halal perlu dititikberatkan.
- tahniah akhirnya mpp utm berjaya mengusulkan tentang isu polistrin. Saya mendoakan mudah2han usaha ini berjaya dan semua mahsiswa di utm menyahut usaha ini bersama-sama. ia sesuai dengan misi utm yang sentiasa menyebutkan tentang sustainable development.