Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Alhamdulillah Kem Induksi MPPUTM 2008/09 telah berakhir dengan jayanya. Lokasi yang terpilih adalah di Dewan Sri Resak KTDI. Berdasarkan kekangan masa yang ada, kem ini terpaksa diadakan di dalam UTM.
Induksi selama 4 hari yang bermula 29 Januari hingga 1 Februari, pada pendapat saya telah mengeluarkan putik-putik bunga yang bakal mengharumkan suasana kampus sepanjang 2009 ini, InsyaAllah.
Harapan saya segala perancangan dan strategi untuk menyumbang ke arah pembangunan kampus dan peningkatan kualiti kebajikan pelajar dalam segenap aspek akan berjaya dilaksanakan.
Objektif Kem Induksi ini adalah untuk:
1. Menetapkan visi serta misi MPP
2. Menetapkan portfolio ME, MT serta jabatan-jabatan MPP
3. Merancang aktiviti MPP sepanjang 2009.
Walaubagaimanapun hasil kerja, visi, misi serta perancangan setahun MPP tidak dapat saya kongsikan sekarang ini selagi ia tidak diisytiharkan secara rasmi.
Apa yang dapat saya perhatikan selama 4 hari ini, setiap perwakilan pelajar yang telah dilantik menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam sesi brainstorming untuk mendapatkan kaedah dan idea yang terbaik dalam setiap perancangan. Dan Alhamdulillah hasilnya amat memberangsangkan dengan idea dan buah fikiran yang bernas dan kreatif.
Saya merasakan slogan terbaru UTM ’Inspire Creative Mind’ amat relevan dengan kepimpinan dan perwakilan sesi kali ini. Semoga usaha kecil kami ini mendapat keredhaan Allah dan sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kualiti kebajikan dan akademik pelajar.
Segunung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada perwakilan yang telah sudi mengorbankan masa cuti mereka, masa untuk bersama keluarga demi untuk menghadiri Kem Induksi MPPUTM 08/09.
Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat semua, ikhlaskan diri kita, ikhlaskan usaha dan perbuatan kita, niatkan ianya kerana Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T sebaik-baik pemberi balasan.
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Daripada Mahasiswa Untuk Mahasiswa
Muhammad Zaki bin Omar
No comments:
Post a Comment