Surat Pembaca
Jumaat 30 Januari 2009
Harga tiket bas naik musim cuti
MUSIM perayaan adalah masa dinantikan oleh kebanyakan masyarakat mahasiswa. Ketika inilah mahasiswa mengambil peluang pulang ke kampung halaman bertemu keluarga dan sahabat handai di samping melepaskan tekanan sebagai mahasiswa di kampus.
Ironinya, semangat untuk pulang ke kampung menjadi hambar apabila menyaksikan kerakusan sesetengah pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Pengusaha bas mahupun teksi sewenang-wenangnya menaikkan caj perkhidmatan pada musim perayaan.
Sebagai contoh, kos perjalanan dari Skudai ke Melaka menggunakan perkhidmatan bas ekspres dinaikkan daripada RM19 (termasuk 30 peratus surcaj) kepada RM22, manakala dari Skudai ke Kuala Lumpur dinaikkan daripada RM31.20 mencecah RM35.
Fakta menunjukkan, seunit liter NGV yang digunakan memakan kos hanya 68 sen seliter, bermakna penggunaan satu kilometer bagi teksi hanya sekitar 4 hingga 8 sen satu kilometer. Dengan jarak perjalanan dari Skudai ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kurang 10km dan keadaan trafik yang sentiasa lancar, mahasiswa dikenakan caj RM12 hingga RM20 bagi sebuah teksi.
Caj RM7 seorang pula dikenakan untuk destinasi berbeza mahupun masih dalam UTM. Jika didarabkan kepada empat penumpang sebuah teksi, sekali perjalanan pemandu teksi mendapat kutipan caj mencecah RM28.
Justeru, selaku mahasiswa yang responsif kami Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM 2008/09) menyeru pihak yang terbabit supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengeksploitasikan keadaan.
Pihak bertanggungjawab pula diminta supaya mengenakan tindakan tegas kepada pengusaha yang sering mengambil kesempatan.
ABDUL HADI ABDUL HALIM,
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar 2008/09,
Universiti Teknologi Malaysia.
"Justeru, selaku mahasiswa yang responsif kami Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM 2008/09) menyeru pihak yang terbabit supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengeksploitasikan keadaan.
ReplyDeletePihak bertanggungjawab pula diminta supaya mengenakan tindakan tegas kepada pengusaha yang sering mengambil kesempatan."
siapa pihak yang terbabit tu??siapa pihak yang bertanggungjawab?? sepanjang 4tahun saya berada di UTM ni..tiada sebarang perubahan pun terhadap isu ini..hanya cakap2 sebegini, pihak perwakilan pelajar pun tiada apa2 sebarang usaha pun...keadaan tetap sama dan harga tetap naik..
Tolonglah lakukan tanggungjawab anda sebaik mungkin, lakukan dengan tindakan...usah tudingkan jari kemana2 pihak..anda rela hati menerima tanggungjawab sbg MPP..
saya kira kalau isu teksi yang naik harga ini..mungkin MPP boleh cadangkan wujudkan perkhidmatan bas dari Skudai-UTM...rata2 penghuni UTM akan naik bas dari Skudai..
Sebagai luahan dan cadangan..
IAllah kami usahakan.. tapi bas ke skudai tu maksudnya ke mana?
ReplyDeletetakat ni bas ke taman u memang dah ada..
perkara ni berkaitan dengan bisnes, bergantung kepada syarikat yg ingin sediakan service.
Kenapa harga tiket bas perlu dinaikkan??
ReplyDeleteSaya adalah studentUTM dari Utara (Kedah)..
Last time, saya balik harga tambang Rm70. Tapi sekarang ke Manjung pn dah RM80, kalau ke Alor Star entah berapa la. Baik balik drive ngan kereta je kalau camni. Kos lagi murah berbanding bas. Tapi bdk 1st year x bleh bwak kenderaan lagi..!!