Tuesday, March 31, 2009

Renungan Buat Pemimpin



Daripada Abu Zar Al-Ghifari r.a katanya Nabi S.A.W menasihatinya dengan masalah kepimpinan.

"Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah dan pada hari kiamat ia merupakan suatu penghinaan dan penyesalan melainkan pemimpin yang melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab dan melaksanakan tugas yang tertanggung di atas bahunya".

Renungan buat diri dan sahabat pimpinan.


Catatan di atas merupakan SMS yang dihantar oleh sahabat seperjuangan dalam arus kepimpinan MPPUTM. Alhamdulillah kerana ada peringatan sebegini dan semoga tidak tersasar dalam memegang tanggungjawab yang diamanahkan.


1 comment:

  1. Wahai anakku, duduklah dengan para ulama dan rapatkanlah lututmu dengan mereka kerana Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah akan menghidupkan tanah yang gersang dengan curahan air hujan dari langit."-Luqmanul Haqim

    ReplyDelete