Monday, March 2, 2009

Kem Induksi Hari Ke-2

Salam wbt..

Selamat Sejahtera..

Salam Perpaduan..

Apa khabar sahabat semua? Saya ingin minta maaf kerana tidak men'update' blog dengan agak lama. Sibuk sana-sini sampai tak sempat plan apa yang nak dikongsi walaupun banyak perkara sebenarnya. Saya tak suka nak menulis sesuatu dalam keadaan tak bersedia kerana memikirkan mungkin isi yang dikongsi agak 'tidak sempurna' atau tidak kemas (walapun sedang menulis sekarang ni)..

Hari ni saya ingin kongsi pengalaman hari kedua di Kem Bina Negara Kundasang sebagaimana yang dijanjikan.

Hari kedua ni kami mulakan dengan senaman ringan seawal 6.30 pagi. Subuh di sini mula jam 5 pagi, awal sejam. Sebab tu 6.30pagi dah terang benderang..


6.30 pagi. Tengok..cahaya matahari terbit.. Segar mata memandang


Nak posing jugak..



Aku di'candid',tapi tak tau sapa.. Ok jugak sebab ada gaya fasi haha..


Posing jap berlatarbelakang Gunung Kinabalu




Bergambar beramai-ramai selepas bersenam bersama Dato' Alias

Lepas sarapan ada taklimat oleh Dato' Alias, mantan TNC HEP


Kemudian kami bertolak jam 11 pagi ke UMS. Sebahagian lawatan muhibbah kami sepanjang di sini. 2 jam juga nak sampai ke sana.


Saya dan Aimran dalam bas


Sama-sama nyanyikan lagu Negaraku, Keunggulan Terbilang dan lagu UMS


Melawat perpustakaan UMS


Berjalan-jalan dalam perpustakaan UMS




Kemudahan komputer yang membuatkan kami teruja..


Tapi nak guna kena bayar daa..


Bergambar jap sebelum lawatan berakhir. Banyak lagi tempat dilawati tapi perpustakaan yang paling utama. Nak tengok banyak lagi gambar kena datang bilik MPP la.

Kemudian balik semula ke kem Kundasang. Dalam jam 9mlm kami tiba di kem, makan-makan sejam dan ada sesi bersama pengetua-pengetua kolej.


En.Ishak, P.M. Ahmad Khalid, Prof. Yahya, Dr. Sulaiman

Sesi ini berakhir 12tgh malam bersamaan 1pagi di Semenanjung. 5pagi nak kena bangun plak untuk aktiviti hari ke-3. See ya! (^_^)


2 comments:

  1. peringatan..masa di sabah dan malaysia SAMA.dlu tun mahathir dah buar penyelarasan masa dgn percepatkan 30minit masa di semenanjung..

    yg bezanya ialah waktu solat..hehe

    ReplyDelete
  2. ho~ ade yg tlupe sjarah tu..x sbr nk tgu post aktiviti hr ketiga..

    ReplyDelete