Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Sejak tiga hari lepas, banyak laporan media menyatakan wujudnya gerakan bawah tanah yang dilakukan secara tersembunyi yang berbentuk penyebaran ideologi dan galakkan aktiviti bersifat mengancam keselamatan negara dan orang awam.
Dalam laporan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain akhbar, banyak dinyatakan secara umum akan penglibatan mahasiswa IPT dalam perkara ini. Di pihak saya, saya tidak ingin membuat penafian atau mengesahkan sebarang laporan memandangkan tiada laporan dan bukti penglibatan disampaikan kepada saya oleh mana-mana pihak.
Walabagaimanapun perkara ini berada dalam perhatian saya dan rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM jika sebarang kerjasama diperlukan oleh pihak berkuasa.
Pada pengamatan saya, isu ini masih di peringkat BELUM MEMBIMBANGKAN memandangkan perkara ini pernah diingatkan oleh bekas Menteri Kementerian Dalam Negeri, YB Datuk Noh Omar, jika tidak silap saya 3 tahun yang lepas iaitu di akhir tahun 2007.
Suka untuk saya memberi ingatan kepada mahasiswa UTM agar tidak terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti yang mencurigakan, menjauhi sebarang penglibatan dengan badan atau kumpulan yang tidak berdaftar dengan pihak universiti, atau elakkan terlibat dengan sebarang organisasi yang diragui struktur pengurusannya seperti tidak dibenarkan mengetahui siapa ketua atau pemimpinnya.
Suka untuk saya nyatakan bahawa kami mahasiswa UTM tak berminat dengan sebarang gerakan bawah tanah atau underground. Tidak berminat untuk sertai gerakan yang bakal mewujudkan situasi huru-hara dan tidak tenteram. Tidak berminat untuk terlibat dengan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan negara. Tidak berminat dengan aktiviti yang disifatkan sebagai aktiviti keganasan dan ancaman keselamatan.
Kami mahasiswa UTM menginginkan suasana yang aman damai dan harmoni. Dan kami turut mahukan kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dengan tindakan yang membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Seruan ini turut saya sampaikan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS seluruh Malaysia agar kita sama-sama mempromosikan keamanan dan menjauhi sebarang aktiviti yang boleh membahayakan masyarakat dan negara Malaysia tercinta.
semoga tiada pelajar IPTA yg trlibat dgn gerakn bwh tnah ni..amin (^_^)
ReplyDeletelaporan akhbar tu sebenarnya mengarut.........maksiat yang melanda kampus lagi teruk berbanding kalo ada penganas wujud kat dalam kampus
ReplyDeleteaku rasa masa duk kat utmkl lagi baik berbanding utm skudai...sekurang-kurangnya kurang la jugak sakit hati tengok maksiat kat depan mata.....
ReplyDelete