Tuesday, May 26, 2009

Berdua lebih baik?

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Apa khabar sahabat dalam alam percutian ini? Saya baru sahaja tiba di kampung halaman 7 pagi ini. Demam kerinduan agaknya kerana sepanjang berada di bilik MPP, semua benda tak menjadi. Kesimpulannya kena balik hometown juga.

Ada sedikit perkara yang ingin dikongsi sebenarnya. Dalam Konvensyen MPP IPTA yang lepas, kami delegasi UTM ada diajukan pertanyaan tentang wujudkah dua gerakan mahasiswa di UTM. Dan jawapan kami, ada.

Ini kerana, beberapa MPP yang menanyakan soalan tersebut ada mengikuti perkembangan UTM di persada politik kampus mereka. Mereka agak kagum dengan situasi gerakan di UTM yang mana Evolusi Mahasiswa(ProAspirasi) dan ProMahasiswa yang hidup bersama bak sebuah keluarga. Tiada krisis dan kontroversi.

Apabila diperlihatkan pendapat orang luar, barulah saya agak perasan situasi ini. Ya..agak menarik. Kerana kami tidak 'bergaduh' dan berkrisis menegakkan agenda perjuangan masing-masing. Secara umumnya, kami melihat kepentingan mahasiswa lebih daripada kepentingan memperjuangkan ideologi masing-masing.

Kerana itu, dalam MPPUTM, semua pihak mendapat peluang samarata untuk menjalankan fungsi mereka setelah mendapat kepercayaan para pengundi. Tidak kira Evolusi atau ProM, masing-masing diberi tempat dalam MPP dan kami menghormati pilihan para pengundi.

Apabila kami memperdalamkan lagi pemerhatian dan melakukan sedikit kajian, Pemilihan Perwakilan Pelajar 2008/09, 13 Januari 2009 yang lepas mencipta sejarahnya yang tersendiri.

Pertama dalam sejarah UTM, jumlah keluar mengundi mencatat peratusan tertinggi iaitu 90.57%.

2008/09 - 90.57% (meningkat 5%)
2007/08 - 85.xx% (meningkat 15%)
2006/07 - 70.xx%

2009 - Penampilan rasmi ProMahasiswa di samping Evolusi Mahasiswa(ProAspirasi)
2008 - Kemunculan ramai calon bebas di samping ProAspirasi yang mendominasi kampus.
2007 - ProAspirasi (8 daripada 10 fakulti menang tanpa bertanding)
2006 - ProAspirasi
2005 - ProAspirasi

Adakah kewujudan 2 gerakan memberi kesan kepada politik kampus? Data peratusan keluar mengundi mencatatkan peningkatan memberangsangkan dan kemuncaknya pada 2009. Jika data ini diambil kira, dapat dilihat mahasiswa telah menunjukkan MINAT yang tinggi terhadap PRK apabila wujud 2 gerakan idealisme yang bersaing untuk mendapatkan kepercayaan mahasiswa.

Dalam sudut lain, Prof Dato` Ir Dr Alias Mohd Nor (Mantan TNC HEPA) juga menyatakan tiada langsung laporan salah laku semasa proses kempen dan PRK sedang berlangsung berbanding PRK sebelum ini. Tiada poster koyak, dibakar, gunting dan sebagainya. Unsur-unsur provokasi juga tidak wujud.

Adakah perkembangan ini adalah disebabkan wujudnya 2 blok yang bertanding, dan masing-masing menunjukkan sahsiah yang baik supaya mahasiswa mengundi calon-calon mereka?

Atau sesuatu gerakan itu wujud dalam keadaan lebih berdisiplin apabila mereka mendapat peluang menampilkan diri dalam keadaan tidak diberikan tekanan? Saya tidak pasti. Saya juga tidak mengatakan mana-mana pihak cuba membuat provokasi.

Berdasarkan situasi menarik ini, kami MPPUTM telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kajian PRK 2009 bagi menjalankan kajian terhadap 'Kesan Kewujudan Pelbagai Idealisme Gerakan Mahasiswa Terhadap Kestabilan Politik Kampus dan Minat Mahasiswa Terhadap Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar'. Kajian ini dicadangkan untuk mengambilkira tempoh 5 kali PRK dari 2005-2009.


Untuk menyiapkan kajian ini, kami perlu mendapatkan beberapa data penting daripada HEP, SPR UTM dan Unit Keselamatan UTM. Diharapkan penemuan daripada kajian ini yang akan diterjemahkan dalam bentuk kertas kerja, dapat diaplikasikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan PRK akan datang.

Akhir kata, doakan kami berjaya.

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

8 comments:

  1. Tersilap tekan tadi. Dah hantar post yang sebenar hehe..

    ReplyDelete
  2. salam..pertama sekali saya mahu bertanya adakah saudara telah melakukan kajian ringkas ataupun tidak ringkas terhadap sebab musabab peratusan pelajar yang keluar mengundi?

    saudara mengatakan bahawa 2 "gerakan" ini yang menyebabkan ramai mahasiswa yang semakin berminat dengan politik.

    benarkah??

    saya memetik kata2 saudara dalam perenggan yang ke-7 iaitu mengenai 2 "gerakan" itu..

    sebenarnya...tahukah saudara bahawa ada fakulti yang mewajibkan pelajar mereka mengundi dengan memerintahkan pelajar tersebut menulis surat tunjuk sebab jika gagal?

    pada saya ia adalah kerana faktor fakulti yang agresif ini yang menyumbang kepada peningkatan peratusan keluar mengundi..

    mungkin agak pedih mendengarnya..tetapi ada juga baiknya fakulti berbuat demikian bagi mendedahklan pelajar pada tanggungjawab pelajar itu sendiri..

    hakikatnyta..sebahagian besar mahasiswa masih lagi tidak ada kesedaran politik,sebahagian besar tetapi bukan semua..

    berkenaan dengan 2 "gerakan" tersebut..sebenarnya hanya mempengaruhi sangat2 kecil peratusan keluar mengundu pelajar..

    soalan saya terakhir?apakah yang jabatan saudara ( naib presiden fakulti) telah lakukan sepanjang 1 semester ini..

    teruskan perjuangan saudara.. jgn berhenti berjuang..tahniah dan takziah.

    ReplyDelete
  3. saya memikirkan adakah boleh kita menyamakan politik kamppus dengan politik luar..maksud saya dalm erti memberi kesedaran kepada masyarakat kampus ttg peri pentingnya politik kampus itu kepada mereka..sebaliknya..jika dibandingkan kesedaran masyarakat luar yang hari ini semakin mula 'berjinak-jinak' dengan politik dalam negara itu sendiri..emm..

    wujudnya pelbagai gerakan..ProM n ProA..
    UMNO,PAS,dll..mungkin ada kebenarannya, meningkatnya peratusan keluar mengundi disebabkan establishnya bebrapa gerakan..yang penting sejauhmana gerakan2 ini dapat memberikan khidmat yang terbaik kpd individu dan golongan sasaran tersebut..

    anyway, terus maju memacu kampus..semoga berjaya.

    Sesungguhnya akhirat nanti kelak akan ditanya tentang amanah yang ditelah dipertanggungjawabkan..Barakallahu fiik..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusssalam en/cik anonymous. Mungkin boleh perkenalkan diri atau tinggalkan email.

    Saya kurang faham maksud kepada 'ringkas' yang cuba disampaikan. Kami telah pun mempunyai data lengkap bagi setiap fakulti mulai 2001 hingga 2009. Data 2000 dan sebelumnya tiada dikumpulkan oleh UTM.

    Banyak faktor yang membawa kepada jumlah keluar mengundi, cuma dalam kes keharmonian gerakan di UTM, kami memilih faktor kewujudan gerakan untuk kajian utama dan sedang dijalankan. Masih belum siap. Kerana itu, persoalan dilontarkan untuk diberi perhatian dalam kajian.

    Konteks kajian adalah kestabilan politik kampus dan minat pelajar. Kajian ini akan dibuat dalam bentuk kualitatif, temubual dgn pihak yang dipilih. Juga kuantitatif, melibatkan edaran borang soalselidik kepada pelajar.

    Faktor tindakan fakulti juga diambilkira tetapi setakat ini, belum ditemui wujudnya surat pekeliling daripada fakulti, arahan untuk tulis minta surat tunjuk sebab. Kami mengesyaki ini hanya khabar-khabar lisan untuk menakutkan pelajar. Jika sudi membantu, tolong nyatakan fakulti berkenaan.. Pekeliling HEP juga kami ambilkira.

    Pernyataan '2 gerakan mempengaruhi sangat2 kecil peratusan keluar mengundi' pada saya hanya persepsi saudara. Dan itu yang kami cuba koreksi. Dialu-alukan untuk terlibat sama dalam kajian ini.

    Tiada tindakan individu dalam MPP, semua secara kolektif atau bersama-sama. Boleh rujuk mpputm0809.blogspot.com yang masih dalam pembinaan.

    ReplyDelete
  5. Kepada Aizat,

    Saya berpendapat politik kampus tidak boleh disamakan dengan politik luar, kerana berada dalam konteks berbeza. Dan tidak sepatutnya sama.

    Ini kerana politik kampus bertujuan membina daya kepimpinan atas dasar intelektualisme dan politik luar bersifat peluasan pengaruh dan penanaman ideologi politik.

    Jika mahasiswa sudah terikat dengan ideologi tertentu, sudah tentu (tapi bukan secara total) perkembangan intelektualisme dan idealisme tertakluk kepada ideologi yang menjadi keutamaan mereka.

    Di sini, mahasiswa cenderung untuk melihat pihak yang berlainan ideologi sebagai lawan atau musuh yang perlu dihadapi. Pastinya ini bukan sesuatu yang sihat dalam membina daya kepimpinan pelajar.

    Cth dapat dilihat di beberapa kampus (saya tidak akan nyatakan).

    Oleh itu, tidak boleh kita samakan politik kampus dengan politik luar. Kedua-duanya wujud dlm konteks berbeza untuk tujuan berbeza. Politik kampus sepatutnya menjadi pihak yang bebas dan berkecuali supaya kuasa mahasiswa tidak boleh dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan.

    Penegasan; Islam adalah agama, bukan ideologi.

    ReplyDelete
  6. terima kasih krana respon..tetapi anda masih tidak menjawab soalan saya..

    apakah jabatan saudara ( naib presiden fakulti) telah lakukan sepanjang 1 semester ini?

    ReplyDelete