Saturday, May 29, 2010

Mahasiswa UKM berdepan AUKU: Saya perlu campur tangan?

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.

Dalam PRK ini, satu insiden melibatkan penahanan mahasiswa UKM oleh pihak polis dalam dua sekatan jalanraya. Fakta kes ini saya dapatkan melalui laman referendum.com yang mana menyatakan bantahan tindakan AUKU ke atas 4 orang mahasiswa tersebut.

Walaubagaimanapun, saya tidak pasti jika HEP UKM ada mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan AUKU ke atas 4 orang pelajar tersebut. Yang pasti mereka perlu melalui proses siasatan dan perbicaraan mahkamah universiti sebelum dikenakan sebarang tindakan.

Fakta kes (www.referendum.com)

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Sdr Hilman Idham (Presiden), Sdr Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Sdri Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Sdr Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor. Turut ditahan bersama mereka adalah 3 orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van). Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen. Kemudian pada 23hb April 2010, sekitar jam 10 malam, Sdr Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah 4 orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.

Pandangan Saya


AUKU Seksyen 15(5) menyatakan :

Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap :

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah
perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

Jika dilihat berdasarkan fakta kes, mahasiswa terbabit berada bersama-sama aktivis parti dalam kenderaan beserta bahan kempen dua kali berturut-turut. Bagi mahasiswa intelek yang berpendidikan tinggi dan terlibat dalam pengajian politik, AUKU terlebih dahulu sepatutnya beliau fahami dan amati.

Jika kemahasiswaan dan pembelajaran di universiti mesti melibatkan pelanggaran undang-undang dan peraturan, maka jangan mahasiswa salahkan pihak kerajaan, perasuah, penjenayah, peragut, perompak, perogol dan segala jenis manusia yang membelakangkan undang-undang jika mereka sendiri tidak mempunyai integriti terhadap perundangan negara.

Nasihat saya; Jangan salahkan sejarah 70-an dalam perkara ini.

Proses pendidikan di universiti tidak menghalang untuk mahasiswa mempraktikalkan pembelajaran mereka, yang penting mahasiswa perlu berada dalam kelompok neutral iaitu non-partisan. Golongan intelektual sepatutnya merupakan golongan pemikiran yang tidak terkongkong dengan mana-mana doktrin kerana ia dikhuatiri akan menyempitkan ruang lingkup pemikiran dan keterbukaan.

Saya fikir pandangan saya ini cukup memadai untuk menyatakan saya tidak perlu campurtangan atau terlibat membuat bantahan. Pembicaraan mahkamah universiti yang mungkin 4 orang mahasiswa UKM tersebut hadapi juga merupakan proses pembelajaran kepada mereka.

Hilman, Ismail, Azlin dan Woong perlu menggunakan segala kebijaksanaan yang ada, mendapatkan sokongan dan bantuan rakan-rakan daripada jurusan perundangan untuk membantu mereka menjawab segala pertuduhan dan membuktikan mereka tidak bersalah. Bukan sekadar membuat referendum, bantahan terhadap UKM dan KPT serta memohon dibebaskan daripada pertuduhan menggunakan 'laluan politik'.

Kepada mereka, saya mengucapkan selamat menjalani dunia 'praktikal' anda dan selamat menghadapi dunia baru pembelajaran. Undang-undang bukan untuk dikesampingkan..^_^

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya sokong! padan muka diorang! kahkahkah

    ~saya yakin auku yang ada sekarang terutamanya seksyen 15 tu dah cukup bagus untuk kebaikan mahasiswa jugak..peranan utama mahasiswa ialah belajar/menuntut ilmu, bukan jadi kuli parti2 tertentu!

    bila baca antri ni, mesti budak2 tu ingat abg zaki ni juak umno..kahkahkah

    ReplyDelete
  3. saya menulis perkara di atas bukan untuk menyatakan 'padan muka' kepada sesetengah orang..

    satu lagi, undang-undang negara ini bukan milik sesetengah parti..

    emmm...kalau saya juak PAS, maknanya kena buat bantahan la..?

    Nampaknya mahasiswa masih diberi label apa bila memberikan pendapat mereka..tak pasal2 sy bakal dilabel sbg orang umno..^_^

    ReplyDelete
  4. soal label2 ni bagi saya memang dah tak boleh elak la bang...tak tau la kalau ada cara mengatasinya..

    ramai kawan2 saya ingat saya ni penyokong parti2 tertentu..

    tak kurang jugak yang menyangka saya menentang parti2 tertentu..

    bila saya kata non-partisan, katanya tak ada pendirian..

    apa boleh buat?

    ReplyDelete
  5. pendirian seseorang tidak memerlukan parti politik sebagai asas..

    ReplyDelete
  6. Ana memang tidak suka mahasiswa/wi di politikkan.
    satu lagi peringatan pada mana-mana parti jangan politikkan mahasiswa/wi! sebab ana pernah ikuti program dakwah islam di ipta tempatan U.M last sekali ana kena mengisi borang keahlian UMNO! dalam majlis itu diketuai oleh pemuda UMNO. apa ni!
    Tapi ana sangat-sangat tak suka pemikiran sekular, yang mengasingkan politik dan agama.

    Sedarlah sahabat-sahabat, setiap tulisan dan ucapan kita akan di pertangjawabkan di hadapan Allah kelak!

    ReplyDelete