Saturday, January 10, 2009

Ke Arah Peningkatan Kualiti Kebajikan


Assalamualaikum wbt..
Selamat sejahtera..
Salam perpaduan..

Kebajikan mahasiswa telah menjadi isu yang diperkatakan sejak sekian lama. Setelah beberapa generasi kepimpinan MPP berlalu, perkara ini masih diperkatakan kerana keperluan manusia sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Apa masalah yang kita hadapi sebenarnya? Apakah bentuk kebajikan pelajar yang masih belum disediakan oleh pengurusan universiti? Bas? Wifi? Parking berbumbung? Mungkin anda sendiri boleh nyatakan.

Di sini saya ingin mengutarakan bahawa kebajikan yang akan saya bawa bukan lagi yang stereotaip yang menumpukan pada satu sudut sahaja.

Berkaitan wifi dan perkhidmatan bas. Tidak dinafikan bahawa setiap kolej sudah mempunyai kawasan akses wifi yang tersendiri dan perkhidmatan pengangkutan bas pelajar berfungsi di semua kolej. Saya percaya pihak HEP dan CICT telah berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pelajar. Terima kasih kepada mereka!

Walau bagaimanapun, kita masih manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan juga kekurangan. Wifi ada dan telah disediakan tetapi liputannya tidak meluas, signal lemah, penghantaran data yang bermasalah. Perkhidmatan bas juga berjalan lancar tetapi kelewatan juga masih berlaku dan sesetengah mahasiswa lewat ke kelas.

Oleh itu, saya Muhammad Zaki bin Omar akan berusaha sedaya upaya untuk memperjuangkan perkhidmatan wifi yang lebih baik di setiap kolej. Melalui MPP, saya akan berusaha bersama CICT mencari jalan penyelesaian terbaik. Usaha ini telah mula dijalankan di kolej penginapan saya, Kolej 16/17 yang bukan sahaja melibatkan pihak Kolej dan CICT, malah pelajar yang mahir dalam bidang Elektrik Elektronik akan turut berusaha bersama-sama. Kami ada caranya, InsyaAllah.

Saya akan memperjuangkan perkhidmatan bas yang lebih baik. Saya melalui MPP akan duduk semeja bersama HEP untuk mencari jalan bagaimana kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bas dapat dipertingkatkan.

Melalui MPP saya akan berusaha bekerjasama dengan pihak kolej untuk menyediakan parking berbumbung bagi pelajar bermotosikal. Saya akan duduk semeja berbincang dengan pengurusan kolej-kolej, memohon pihak pengurusan untu memperuntukkan belanjawan bagi menyediakan parking berbumbung untuk 50 buah motosikal pelajar setiap semester.

Oleh itu, saya Muhammad Zaki bin Omar memerlukan kerjasama anda untuk membolehkan agenda WIFI YANG BERKUALITI dan PERKHIDMATAN BAS YANG CEKAP berjaya dilaksanakan.

Berikan saya SATU daripada undi-undi anda!

UNDILAH SAYA!
PLEASE VOTE FOR ME!

No comments:

Post a Comment