Thursday, January 22, 2009

Terima Kasih Para Pengundi

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Salam perpaduan

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ibu dan ayah saya, Omar bin Abdullah dan Wan Zaimah bte Wan Abdul Rahman, pendidik yang telah berjaya mendidik dan mengasuh saya dengan sangat baik hingga ke saat ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat jentera Pemilihan MPP yang bekerja keras berkempen dalam membantu kemenangan saya. Juga kepada sahabat-sahabat para pengundi yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka.

Amanah dan kepercayaan ini, InsyaAllah tidak akan saya sia-siakan. Sebagai muslim, kami percaya amanah dan tanggungjawab akan kembali dihitung dan dipersoalkan di akhirat kelak.

Oleh itu, saya memohon bantuan dan pertolongan sahabat-sahabat semua untuk sama-sama kita bekerjasama untuk kebaikan diri kita dan UTM. Saya akan memperjuangkan peningkatan kualiti kebajikan pelajar, perpaduan kaum yang lebih kukuh, aktiviti akademik yang cemerlang dan kepimpinan yang lebih berkesan, InsyaAllah.

Dalam kepimpinan ini saya mengharapkan teguran dan nasihat anda semua agar saya dapat menunaikan amanah dengan lebih baik. Sebarang bentuk pandangan dan cadangan anda semua amat dialu-alukan.

Apa yang penting..? Kerjasama.. Ini adalah motto saya.

Dengan kepercayaan daripada anda semua, saya akan menjadikan blog ini sebagai blog rasmi saya. Sebarang perkongsian dan update daripada saya akan disalurkan melalui blog ini, insyaAllah.


Wassalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera,
Salam Perpaduan,


Daripada Mahasiswa Untuk Mahasiswa
Muhammad Zaki bin Omar

No comments:

Post a Comment