Monday, March 22, 2010

Jgn Islam dpolitikn!!!

Satu petang yang hening di bilik MPM. Pada masa ini saya sedang baring-baring dalam ruang pejabat lama SUA yang sedang di ubah suai. Saya bercadang untuk melelapkan mata buat seketika untuk memulihkan sedikit keletihan diri menguruskan kertas kerja dan urusan bidding program MPM.

Tiba-tiba masuk satu sms daripada rakan lama.

"Slm...Knp mpp senyap seribu bahasa tidak m'berikn apa2 ketika satu karikatun m'hina nabi muhammad saw dsweden minggu lepas. ### cbr mpp lakukn protes yg sama sepertimana isu kalimah Allah. Jgn Islam dpolitikkn!!!"

SMS ini adalah sms original tanpa sebarang perubahan kecuali pada bahasa diri beliau '###'. Saya turut ubah perkataan Islam yang mana huruf 'i' tidak dibesarkan.

Sekali imbas saya baca sms ini, saya boleh menjangka apa yang beliau harapkan daripada MPM. Cuma pernyataan "Jgn Islam dpolitikkn!!!" memberi gambaran seperti kami (atau saya) menjadikan Islam sebagai bahan politik. Ini kerana kami pernah membuat protes terhadap isu kalimah Allah.

Pembaca sekalian.. Apa pendapat anda dan apa yang anda semua fikir MPMUTM perlu lakukan terhadap isu ini..

6 comments:

  1. MPM tak payah buat apa2 pun.. setakat 1 sms masuk dlm hset presiden, xkn nak main isu sampai tulis dlm blog.. ish..ish..ish..

    lagi satu, apa masalah kalau tulis islam dengan 'i' huruf kecil? adakah sampai menafikan 'islam itu agama tertinggi?'.. ish..ish..ish..

    benda kecik nak dibesarkan.. fokus la kat kerja mpp, mahasiswa belm nmpk sangat mpm sem ni.. kalau ada pn poster je bnyk..

    ReplyDelete
  2. protes tu mpp ke evo yang bawak??hurm,utamakan apa yang lagi patut,saya rase mpp patut respon pasal isu ni,tetapi memandangkan mahasiswa sendiri pun ramai lagi TAK KENAL siapa presiden MPM dan jabatan2,bagi saye,itu dah cukup berat.kenapa tidak diperkenalkan MPM dahulu kepada sekelian mahasiswa di UTM kemudian barulah fikirkan perkara-perkara mcm ni.ataupun,ambik peluang ini untuk memperkenalkan barisan mpm kepada mahasiswa.maaf andai idea ini kurang bernas
    -siswi UTM-

    ReplyDelete
  3. saya ambil post saya di FB untuk ulas tentan perkara ini:
    orang yang cekal dan mempunyai keyakinan tinggi tak akan pernah merasa terancam dengan perkataan dan perbuatan yang remeh dan takdisengajakan.Sebaiknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamat kejayaannya.

    ReplyDelete
  4. mpm tak sempat nak perkenalkan diri..sibuk nak pi parlimen..

    ReplyDelete
  5. salam..bagi aku protes bukan langkah yg terbaik ntuk kita luahkan....
    kbnyakan org mlakukan protes tpi dri segi penghaytan diorg x de... diorg bersmngat tpi smngt tue mcm smngt yg tipu...
    nape aku ckp mcm tue... diorg smngt berprotes mngenai isu karikatur lagi kalimah allah..
    tpi usaha diri untuk mngenal allah tue x de...
    diorg x tunjuk pun ciri2 dlm untk jadi muslim yg btul2 muslim....
    so solution terbaik adalah mpp kena cuba ntuk memantapkan rohani student2 utm..
    mka terlahirlah mukmin yng profesional dlm semua bdng dn tidak mengabaikan agamnaya...

    ReplyDelete
  6. haha..kau ni mudah gelabah.

    aku tengok ramai yang masih tak kenal MPP. mungkin kau perlu masukkan dalam kalender atau jadual MPP kau.

    setakat poster apalah sangat..

    ReplyDelete