Sunday, March 21, 2010

Taklimat Biasiswa dan Pertukaran Pelajar 22 Mac 2010 di Dewan Senat




Jangan tanya saya apa-apa tentang biasiswa dan program pertukaran pelajar ini kerana saya tidak tahu apa-apa tentangnya. Sila datang dan dengar penerangan daripada Dr. James Coffman.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. salam,
    susah la kalau begini , awal-awal lagi saudara telah letakkan batu penghalang..."jangan tanya...."
    bayangkan kalau saudara jadi menteri, apabila rakyat ingin bertanya, walaupun pertanyaan itu bukan portfolio sauadara , tetapi jawapan saudara Dato menteri, "jangan tanya saya apa-apa mengenai hal itu.........(ia bukan tugas saya...)
    Bukankah lagi molek saudara menjawab, "mengenai biasiswa saya tiada idea berkenaan perkara itu, apa kata kita hadir bersama-sama sesi penerangan itu, mungkin ia akan membantu menjawab persoalan saudara dan saudari.."
    Maaf, gaya dan lagak saudara cukup mengecewakan sebagai bakal pemimpin rakyat. Kenapa saudara Presiden MPP UTM 2010 dikomentar sebegini?
    Ya, kerana saudara, bapak Presiden persatuan mahasiswa, bukan pakcik di kampung.
    Rasanya pakcik di kampung lebih arif mengenai soal tatasusila.

    Ridwanto

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas pendapat saudara anonymous..

    saya tidak bermaksud tak mahu menjawab sebarang soalan..

    ini kerana ramai di kalangan mahasiswa suka bertanya perkara yang tidak perlu..dan mereka boleh dapat jawapan lebih baik dengan hadir ke taklimat ini..

    saya mendapat lebih 200 sms sehari dan tak mampu membalas semuanya..siapa yang biasa nak ber'sms' dengan saya pasti faham..

    saya tekankan; untuk penerangan dan taklimat seperti ini, jangan tanya saya; tolong datang dan dapatkan penerangan serta berdialog dengan panel yang telah dijemput..

    mungkin saya boleh pakai ayat lebih baik tapi saya memilih untuk gunakan ayat ini.

    Ramai yang memandang negatif Seminar Model Ekonomi Baru Mahasiswa akan tetapi tak hadir untuk dapatkan penjelasan FIRST HAND daripada sumber yang asal.

    Seminar dah habis tapi masih ramai yang nak bertanya; ramai memberi komen tak faham perniagaan internet dan kerana itu mereka tak datang;
    platform penerangan telah disediakan maka kami telah melaksanakan sebahagian tugas kami; selebihnya di tangan tuan-tuan..

    bakal mahasiswa yang diutamakan untuk membuat research oleh UTM perlu berusaha dapatkan maklumat yang sahih. Bukan sekadar mendengar 'cakap-cakap' atau mahu bertanya daripada kawan-kawan.. mereka juga tak larat nak menjawab.. begitu juga saya..

    normal untuk dikomentar begini..tidak semua yang dipilih untuk memimpin diterima oleh semua.. Barisan Nasional kena hentam walaupun buat perkara baik... PAS pun kena hentam walaupun nak buat perkara agama.. tak semua perkara boleh memuaskan hati semua orang...

    ini antara perkara yang saya kena terima.. terima kasih kepada tuan anonymous kerana memberi pendapat. InsyaAllah akan dipertmbangkan dalam post saya akan datang.

    ReplyDelete
  3. sembang kemas nampak.. 200 sehari..fuyyoh! kalah TNC oi..

    ReplyDelete
  4. Maksudnya semua orang kena memahami saudara sebagai pemimpin.
    Susahlah begini, kita memimpin, ini adalah cabaran sebagai pemimpin, kalau mahu orang memahami sedangkan saudara tidak mahu menunjukkan contoh (dalam isu yang saya komentar) mana mungkin orang mahu memahami.
    Ya, menjadi pemimpin sebuah organisasi yang menaunggi mahasiswa seramai 30 ribu bukan tugas yang mudah.
    Paling kurang pun, saudara perlu menunjukkan kepada massa, bahawa saudara, tepat di pilih sebagai presiden MPP UTM.
    Selamat memimpin.

    Ridwanto

    ReplyDelete