Thursday, March 25, 2010

Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Sesi 2009/2010




(klik pada gambar untuk besarkan)

2 comments:

  1. Khalifah Islam Keempat, Ali bin Abi Talib, berpesan kepada Malik bin al-Haris al-Ashtar sewaktu dilantik sebagai Gabenor Mesir"

    " Ketahuilah oleh kamu, wahai Malik bahawa kami menghantar kamu menjadi Gabenor sebuah negeri yang pada masa lalu yang telah mengalami pemerintahan yang adil mahupun tidak adil. Orang akan memerhatikan tingkah laku kamu dengan
    teliti sebagaimana kamu pernah meneliti tingkah laku orang, sebelum kamu dan orang akan bercerita tentang kamu , sebagaimana kamu bercerita tentang orang lain.

    Sebenarnya orang selalu memuji mereka yang berbuat baik,Merekalah yang menjadi saksi kepada perbuatan kamu. Sebab itu harta yang paling berharga yang patut menjadi idaman kamu ialah perbuatan amar maaruf. Kawallah hawa nafsu kamu dan jauhkanlah diri kamu daripada perkara-perkara yang ditegah kerana dengan menahan hawa nafsu kamu dapat membezakan segala yang baik dan segala yang buruk buat kamu.

    Tanamkanlah semangat cinta akan rakyatmu dalam diri kamu, semoga rakyatkamu memperoleh manfaat dan rahmat daripadanya."

    Saudara Presiden, semoga kita dapat merenungi bersama kata2 Khalifah agung ini. Soal kita mendapat sms berjuta sekalipun bukan lah isu. Rakyat (mahasiswa) telah memilih, kini masa untuk memimpin dengan baik.
    Selamat memimpin, semoga saudara menjadi pemimpin yang baik


    Ridwanto

    ReplyDelete