Friday, March 12, 2010

Mesyuarat Khas HEP, MPP dan CICT

Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama CICT
Tarikh : 8 Mac 2010
Masa : 2.30 petang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas keizinanNya dapat juga hasrat kami untuk mengadakan mesyuarat bersama pihak CICT. Mesyuarat ini dihadiri oleh Zaki, Miqdad, Umi Kalsom dan Wei Bin. Mesyuarat ini minta disegerakan untuk update terbaru sebelum Mesyuarat Kebajikan Mahasiswa pada 10 Mac 2010. Hasil mesyuarat amat memberangsangkan dan perkongsian CICT banyak menjawab persoalan mahasiswa.

CICT dalam pelaksanaan Fasa 3 pembangunan wifi UTM dan dijangka siap mengikut jadual pada Julai 2010. Dalam fasa ini, 500 AP akan dipasang dalam tempoh 4 bulan.

MPP juga (atas permintaan), turut dijemput untuk hadiri mesyuarat teknikal CICT yang diadakan setiap 2 minggu mulai minggu hadapan. Mesyuarat ini akan dihadiri 2 orang wakil MPP dari Jabatan Kebajikan dan Pelestarian Kampus. Mesyuarat ini turut terbuka untuk semua MPP yang berminat untuk mendapatkan maklumat terbaru.

MPPUTM amat menghargai komitmen CICT dalam membangunkan wifi UTM dan saya menawarkan diri untuk mebuat Latihan Industri bersama mereka untuk membolehkan MPPUTM sentiasa mendapat update terbaru berkenaan proses pembangunan Fasa ke 3.

Tujuan Wifi UTM:
1. Menambah kaedah kebolehcapaian Internet serta keboleharapan.
2. Memastikan semua pengguna di authenticate apabila mengguna perkhidmatan.
3. Memastikan ada paiawaian keselamatan apabila wireless network dilaksanakan
4. Pelaksanaan aplikasi mobile pada masa akan datang.

Cabaran Menyediakan Perkhidmatan Internet di Kolej
1. Bekalan elektrik yang belum stabil
2. Keselamatan fizikal - vandalisme pelajar
3. Pencerobohan Fizikal dan Digital oleh individu
4. Konfigurasi Alatan
5. Alatan/Perkhidmatan Bukan Disediakan Universiti

UTM menggunakan access point jenis tint client yang dipesan khas daripada 3com US. AP ini boleh mengawal sehingga 35 pengguna, radius signal boleh dikawal dan dibesarkan. AP ini tidak boleh digunakan selain daripada UTM sahaja dan ianya tidak memberi makna kepada pencuri (jika dicuri).

2 comments:

  1. Penghargaan ingin diucapkan kepada pihak universiti dan CICT kerana usaha mereka dalam menaiktarafkan khidmat Internet di dalam kampus.

    Memang tidak dapat dinafikan kepentingan Internet dalam pengaplikasian ilmu. Selain itu, Internet juga merupakan salah satu sumber maklumat yang amat penting terutamanya untuk pelajar dari jurusan teknologi informasi (IT) and multimedia.

    Selain itu, Internet merupakan medium penting untuk penjalinan hubungan sosial mahupun dikalangan keluarga ataupun rakan-rakan. Kadang-kala penjalinan hubungan adalah terbatas kerana jarak jauh atau sebab lain. Dengan kemudahan Internet, rakan-rakan mahupun keluarga bagaikan di depan mata kita.

    Akan tetapi, sering kala khidmat Internet disalahgunakan untuk niat-niat yang tidak baik atau tidak berfaedah. Muat turun 'torrent', lagu - lagu percuma, 'crack' adalah perkara yang haram dan tidak patut dilakukan melalui khidmat Internet yang disediakan oleh UTM.

    Ingin dikatakan bahawa etika penggunaan Internet itu adalah penting dan harus diterapkan di kalangan mahasiswa.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat bersetuju dengan khinhooi..

    MPMUTM turut mengamalkan polisi bekerjasama dengan jabatan dalam UTM untuk memastikan setiap perancangan berjalan lancar berbanding mengkritik dan mendesak setiap perkhidmatan disediakan tanpa memahami masalah yang mengakibatkan kelewatan.

    UTM turut mengiktiraf facebook sebagai medium sosial terkini malah turut memiliki UTMotion sebagai medium menggantikan youtube. Ini bagi memastikan capaian mahasiswa UTM lebih pantas.

    Banyak perkara yang CICT sediakan perlu diterokai mahasiswa. CICT turut mendapat komputer meja yang terkini dengan pemproses QUAD CORE serta Grafic binaan dalaman untuk kuasa dan grafik yang lebih baik. Semua ini untuk kemudahan mahasiswa dan sama-sama kita gunakan sebaiknya..

    ReplyDelete