Sunday, January 24, 2010

Menggarap Harapan, Menggerakkan Perubahan, Menggapai Kecemerlangan


Calon Umum Anda untuk MPPUTM 2009/2010



Nama : MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
Fakulti : Fakulti Pendidikan, UTM
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Tahun : 3
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu

PENCAPAIAN
Naib Presiden (Fakulti) MPPUTM (2009)
Naib Presiden II, Persatuan Mahasiswa Pendidikan (2008)
Biro Keusahawanan Kolej Dato Onn Jaafar,KDOJ (2008)
Diploma Kej. Elektrik Elektronik, UTMKL International Campus (2006)
Pengerusi Lujnah Kebajikan PMI, UTMKL (2005)
Pengerusi ALUMNI Sek. Men. Kebangsaan Bandar (2003-2004)
Ketua Rumah Sukan (2002)
Pengerusi Kelab Bahasa Melayu (2002)
Pengerusi Persatuan Silat (2002)
Ketua Pengawas Sekolah (2002)


BACKGROUND
Muhammad Zaki adalah anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Cahaya mata kepada pasangan Omar bin Abdullah dan Wan Zaimah bte Wan Abdul Rahman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasir Panjang, K.Trg. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian SMK Bandar, K.Trg yang hanya sejauh 500 meter daripada rumah beliau. Tempat tinggal yang berhampiran dengan sekolah menjadikan beliau sangat menyukai SMKB dan sentiasa bergiat aktif dalam setiap aktiviti sekolah.

Ketika di Tingkatan 4, beliau menunjukkan minat mendalam terhadap Perakaunan dan juga perekonomian. Walaubagaimanapun beliau menyedari bahawa pembelajaran teknikal merupakan perkara utama yang menggerakkan kemajuan teknologi di samping kemahiran pengurusan kewangan. Lebih-lebih lagi kedua ibu bapanya merupakan tenaga pengajar bagi matapelajaran Kemahiran Hidup sekolah menengah. Bapanya juga merupakan guru matapelajaran rekacipta.

Ketika berada di tingkatan 5, minat beliau terhadap teknologi semakin meningkat di samping bergiat aktif dalam kepimpinan di sekolah. Setelah menamatkan persekolahan, beliau membuat keputusan mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di UTMKL International Campus. Dengan ruang dan peluang yang disediakan oleh UTM kepada setiap pelajar mereka, Muhammad Zaki bin Omar berjaya membina keperibadian yang baik seperti yang diharapkan oleh kedua ibu bapanya..

Tiada perkara yang lebih berat daripada merindui kedua ibu dan bapanya setiap masa.. Mak dan abah... Perjuangan Zaki untuk mahasiwa memaksa Zaki mengorbankan sedikit masa antara kita. Akan tetapi tiada yang lebih Zaki rindukan daripada saat kita dapat berkumpul bersama-sama.. Bersama Kakak Farah, Firdaus, Aslam, Izzati dan Marwan.. Maafkan abang wahai adik Marwan...abang berada jauh di Johor ini tidak sempat melihat adik Marwan semakin membesar setiap hari lagi..



MANIFESTO
Memastikan KEBAJIKAN mahasiswa diutamakan dan setiap permasalahan yang diutarakan mendapat perhatian pemimpin mahasiswa dan pentadbiran universiti. Pada saya, KEBAJIKAN bukan lagi sekadar menyediakan prasarana yang sepatutnya malah perlu didatangkan pada tahap KUALITI TERBAIK dan sesuai dengan keperluan mahasiswa.

Berusaha agar PERPADUAN antara kaum sentiasa terpelihara dan ditingkatkan dari masa ke semasa.

Memastikan agenda KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU melalui forum, dialog, program-program PENDIDIKAN dan kursus kemahiran di perluas dan dilaksanakan secara berkala dalam memberi input dan nilai tambah kepada pengetahuan mahasiswa.

Mendepani arus KEPIMPINAN pelajar yang energetik agar hak dan peluang untuk mahasiswa UTM membina SAHSIAH dan KEPERIBADIAN yang murni terus subur di taman-taman ilmu.

Membangunkan Model Eknomi Baru Mahasiswa yang diharap dapat dilancarkan pada Mac atau April 2010 akan datang. Diharapkan model ini dapat mengurangkan beban mahasiswa dalam menampung KEPERLUAN KEWANGAN pembelajaran mereka.


DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat sejahtera..
Salam perpaduan..

Dalam usaha untuk melaksanakan isi kandungan manifesto di atas, dokongan dan sokongan daripada anda semua para pengundi amat penting untuk memastikan segala agenda yang terkandung dalam manifesto di atas berjaya untuk dilaksanakan.

Undian daripada anda akan menentukan kemenangan saya sebagai calon umum dalam Pemilihan Perwakilan Pelajar kali ini.

Saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak, bahawa undi anda bukanlah merupakan satu undi yang sia-sia. Saya menyarankan anda semua mengoreksi dan cuma mengenali setiap pemimpin mahasiswa yang bakal anda pilih. Pilihan anda pada 28 Januari akan datang menentukan setahun kepimpinan mahasiswa yang bakal anda tempuhi.

Tolong BERIKAN SAYA UNDI ANDA.
Please VOTE FOR ME!

Rayuan Ikhlas,
MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
Mahasiswa 1UTM

4 comments:

  1. Assalamualaikumwarahamtullahiwabarakatuh.
    Tumpang tanya,
    Adakah dibenarkan berkempen di dalam laman ini?
    Tidakkah setiap risalah perlu mendapat kebenaran daripada urusetia Pemilihan MPP?

    Kemudian,
    saudara hantar kenyataan ini sebelum penamaan calon, 25/1/2010, sepatutnya 'Bakal Calon'. Kalau tidak silap.

    Saya sedang cuba memilih mahasiswa yang boleh mewakili mahasiwa UTM, termasuk saya di seberang.

    Penulisan saudara memang menarik, boleh dibuat kesimpulan bahawa saudara memang seorang pemabaca. Kawan saya kata, "kalau tidak simpan semua, jangan tinggal semua" penulisannya bacalah, mungkin.

    Minta bantuan,
    selain saudara, adakah calon MPP lain mempunyai blog sendiri?
    Maaflah, kurang jumpa.

    Teruskan perjuangkan yang hak.

    Sekian.

    Mahasiwa di seberang yang ingin tahu.

    ReplyDelete
  2. haha...saya sukakan soalan saudara..(^_^)

    soal kebenaran mmg sesuatu yg agak teknikal...dan sy telah berkempen lebih awal tapi secara maya..mungkin saya kena tambah perkataan 'bakal' utk tajuk di atas

    cuma risalah yg dimaksudkn adalah berbentuk fizikal kertas yg brmatlamat utk diedarkn dlm kampus..sy agak letih utk memeriksa buku peraturan skrg..

    calon umum itu pengisytiharan yg saya buat utk diri sendiri..dan perkongsian dgn pembaca dan bakal2 pengundi..

    list blog di kanan blog sy adalah blog mantan mpp cuma saya yg brtanding buat kali kedua...bagi calon2 baru sy belum tahu lagi..kecuali azim sahabat sy dr proM, juga mpunyai blog cuma jarang update..

    ReplyDelete
  3. Saudara, terima kasih. Bagaimana saya mahu menyelidik mahasiswa yang akan mewakili mahasiswa UTM?

    Kalau saya memilih pemimpin yang tidak berlaku adil, naya saya dunia dan akhirat.

    Adakah kami di UTMIC hanya perlu mengundi membabi buta?

    Mungkin juga saya boleh membuat tindakan dengan membuat undi rosak. Saya fikir tidak sukar untuk menjawab kelak.

    Kenapa saya di sini tidak tahu? Kenapa kami di sini tidak tahu? Mungkin saya lemah mencari informasi yang berada di sekeliling, kalau ada.

    Kempen hanya tiga hari, mungkin selepas ini saudara boleh ajukan kepada pihak yang berkenaan. Walaupun saudara bukan pemenang bagi Pemilihan MPP. Kerana ada orang kata, bukannya apabila kita berjawatan sahaja, boleh membuat perubahan. Manusia biasa juga boleh berpolitik walaupun dia tidak bertanding.

    Harap maaf jika terkasar bahasa.
    Sekian.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
    Apa beza antara Inspirasi Mahsiswa dengan Evolusi Mahasiswa? Pro- Mahasiswa?

    Oh, mengelirukan!

    Adakah wujud laman ini, http://web.utm.my/mpp ? Seperti yang tertulis di bawah nama UTM di bahagian atas?

    Jemput jawab.

    ReplyDelete