Wednesday, January 13, 2010

Menyuburkan Minda Positif



~Pemikiran Manusia~

Pemikiran manusia mengandungi berbagai-bagai perkara yang tidak terjangkakan. Masing-masing akan berfikir tentang perkara yang terdekat dengan mereka. Berdasarkan pengalaman hidup, perkongsian ilmu yang diterima, pemerhatian yang dibuat dan ilham yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

Pemikiran manusia berada dalam sekitar iklim minda berdasarkan pencapaian masa lepas, apa yang diperhatikan ketika ini dan apa yang disasarkan pada masa akan datang. Ketiga-tiga faktor ini akan membentuk pandangan global di hadapan kotak pemikiran manusia sebagai satu rumusan hidup yang akan menjadi tujuan hidup mereka. Rata-rata manusia mempunyai cita-cita untuk menggapai sesuatu dalam hidup mereka dan itu dipanggil sebagai impian.

Menggapai sesuatu bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi mendapatkan atau memiliki sesuatu samada berbentuk jasmaniah (kereta, rumah, keluarga) atau rohaniah (kepuasan, ketenangan, kebahagiaan), semua ini memerlukan usaha untuk mendapatkannya. Dan usaha untuk mendapatkan semua ini perlu digerakkan oleh satu kuasa. Satu kuasa yang akan menggerakkan keazaman dalam diri bagi menggapai impian dan cita-cita; ianya dipanggil minda positif!

~Minda Positif~

Minda positif merupakan intipati dalam semua gerak kerja atau geraklaku manusia. Sebagaimana seorang usahawan ingin berjaya dalam perniagaannya, sepertimana mahasiswa ingin berjaya dalam bidang akademik, pentadbir yang mahu menjayakan organisasi yang dipimpin, seorang bapa terhadap keluarganya dan seorang pemimpin terhadap kepimpinannya.

Dalam mengoreksi minda, kita boleh lihat sejauhmana ke'positif'an minda kita dengan melihat kepada analogi gelas air. Satu gelas air diisi air pada kadar setengah daripada keseluruhan saiznya. Anda boleh berimaginasi? Bagus. Anda hampir kepada apa yang saya cuba maksudkan.

Sekarang anda boleh memandang gelas tersebut dan cuba nyatakan keadaannya. Gelas ini separuh penuh atau separuh kosong..? Airnya setengah sahaja. Separuh penuh atau separuh kosong? Di antara dua jawapan ini, anda akan ditentukan samada anda berminda positif atau tidak.

Jika anda menjawab separuh penuh, anda sebenarnya berminda positif. Jika sebaliknya maka kita perlu sama-sama bermuhasabah. Minda positif menginginkan sesuatu yang lebih baik dan gelas yang separuh penuh adalah lebih baik. Anda hanya perlu berusaha sedikit lagi untuk memenuhkannya supaya kehausan anda akan hilang dan jumlah itu mampu anda kongsikan dengan beberapa orang rakan lagi.

Jika anda merasakan gelas itu separuh kosong atau hampir habis, kemungkinan besar kita sebenarnya 'selfish' atau mementingkan diri sendiri. Jika terpaksa dikongsikan, pastinya sukar untuk kehausan itu hilang.. Melainkan..! Melainkan anda mempunyai jiwa yang besar dan sanggup untuk berkorban demi kebaikan orang-orang disekeliling anda. Gelas yang hampir kosong juga menunjuk ketakutan jiwa terhadap kehilangan sesuatu yang belum pasti hilang.

~Pesimis~

Kita bermuhasabah tentang pandangan alam hidup kita. Sejauhmana minda kita ber'sikap' positif ataupun sebenarnya pesimis. Kerana minda yang pesimis hanya melihat kepada kekurangan, ketidaksempurnaan yang wujud pada persekitaran hidup mereka. Jika bukan pesimis pada diri kita sendiri, kita pesimis pada kekurangan, kelemahan pada diri orang lain atau pada sistem yang sedia ada.

Minda bukan suatu perkara yang mudah untuk disimpulkan tetapi ianya boleh dijangkakan. Kerana setiap tindakan boleh memaparkan bentuk minda; juga sebagaimana bentuk minda akan menentukan setiap tindakan. Membangunkan atau meruntuhkan..??

Minda positif akan melihat bagaimana kebaikan dapat dioptimumkan tanpa merosakkan atau menghancurkan platform yang sedia ada. Jangan kita fikir bahawa disebalik keruntuhan kita akan mampu membina sesuatu yang lebih baik. Anda mungkin mampu, akan tetapi bagaimana dengan generasi selepas anda?

~Global Outreach Programme~

Dalam lawatan Global Outreach Programme(GOP) yang saya ikuti selama seminggu di London dan Paris, kami kumpulan Majlis Perwakilan Pelajar UTM (MPPUTM) dapat melihat kehebatan dunia intelektual dan persekitaran akademik yang terbentuk di Cambridge, Oxford di hadapan mata kepala sendiri. Dunia ilmiah yang dibina bukan dalam masa 10-20 tahun tetapi 800 tahun!

Ketika menaiki Eurostar bergerak ke Paris, kami mengambil kesempatan 2 jam tersebut untuk ber'forum' mengoreksi bagaimana ketamadunan ilmu 800 tahun di Cambridge dan Oxford dapat dibina dengan begitu baik sekali. Saya melontarkan satu soalan, "Agak-agaknya bolehkah ketamadunan 800 tahun ini kita bina di Malaysia dalam masa 50 tahun..?" dan jawapan spontan yang saya terima ialah "Gagal!". Saya terdiam dan tidak mempertikaikan jawapan beliau. Tidak mungkin semua ini dapat dibina dalam tempoh masa sesingkat itu. Itulah yang dapat saya simpulkan daripada jawapan tersebut.

Adakah soalan saya menunjukkan saya terlalu positif dan tidak realistik; atau jawapan rakan saya itu adalah terlalu pesimis..? Saya tidak mahu menyimpulkannya di sini.

~Sirah Nabawiyyah~

Cuma saya mahu mengajak anda kembali kepada sirah Rasullullah S.AW. Baginda menerima wahyu ketika berusia 40 tahun dan wafat pada usia 63 tahun. 3 tahun berdakwah secara senyap dan 20 tahun lagi secara terang-terangan. 10 tahun terakhirnya dihabiskan melalui pembinaan masyarakat di Madinah, 'Kota Yang Bercahaya'. Islam yang disebarkan berjaya mengubah hidup masyarakat semenanjung Arab daripada kejahilan kepada keimanan dan ketaqwaan. Dan mukjizat Al-Quran menjadi bukti betapa nilai ilmu diangkat begitu tinggi sekali.

George Bernard Shaw dalam pendapatnya,"tiada satu bentuk masyarakat mengalami perubahan drastik dalam tempoh 20 tahun melainkan masyarakat semenanjung Arab dibawah pimpinan Muhammad". Saya ingin mengajak anda menilai pendapat ahli akademik bukan Islam di atas bagaimana ketamadunan Islam dan pembudayaan ilmu berjaya mengubah masyarakat ke arah lebih baik. Beliau juga turut mengkaji sejarah masyarakat Melayu di rantau Asia Tenggara.

Eropah yang mengalami zaman gelap selama 300 tahun sebelum zaman Renaissance berjaya memulihkannya dalam tempoh 100 tahun (harap fakta saya masih belum silap, berdasarkan sejarah Form 5 dulu). Dan kita umat Islam telahpun memiliki acuan terbaik untuk kembali ke persada kegemilangan tamadun Ilmu.

~Perutusan Naib Canselor~

NC UTM, Prof. Ir. Dato' Dr. Zaini Ujang dalam Perutusan Tahun Baru 2010, 11 Januari yang lepas, telah menggariskan bahawa; dengan sikap positif, kecemerlangan UTM akan berjaya dipacu bagi menggapai ekosistem intelektual yang meriah, segar dan dinamik.
* Rujuk 'Berpaksi Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi' - m/s 15.

Sebanyak 5 sikap positif digariskan untuk dimiliki setiap warga UTM bagi menggapai kecemerlangan yang diidam-idamkan; Berani Berubah Untuk Tidak Rebah, Budaya Kerja Kelas Pertama, Sistem Penyampaian Terbaik, Semangat Pengorbanan dan Budaya Kerja Berpasukan.

5 sikap positif ini pada saya bukanlah retorik Dato' NC bagi menyedapkan telinga yang mendengar, tetapi ia merupakan adunan terbaik bagi membentuk Sinergi yang diperlukan untuk memacu UTM ke pentas kegemilangan.

Sikap positif akan menyuburkan minda positif! Dan minda positif akan _________________ . Ayat seterusnya saya serahkan pada anda semua.. Pastikan ianya adalah sesuatu yang positif.. InsyaAllah.

~Kritikan~

Saya juga ingin mengajak pembaca untuk menilai isi kandungan pada m/s 72, 73 di mana Dato' NC juga secara halus mengkritik sikap pesimis yang wujud di kalangan staf dan mahasiswa. Saya tak mahu tulis di sini. Cari buku dan baca sendiri (^_^)...

Apa..? RM20!? Mahal la beb.. Haha...saya dapat secara percuma sahaja huhu.. Lain kali kalau ada perjumpaan bulanan bersama NC atau mana-mana program rasmi, silakan hadir. Mungkin akan ada beberapa hadiah percuma yang lain. Tapi saya dengar ini adalah buku terakhir beliau yang diberi percuma. Untuk buku akan datang kena bayar la plak..

Saya tidak menyarankan anda meminjam daripada rakan, jadikan ia milik anda secara rasmi. RM20 je....mulakan sikap positif anda sekarang..! No.4 Semangat Pengorbanan.

Walaubagaimanapun kita tetap mahu yang free kan..? Bukan anda saja tapi saya juga hehe..Download di sini Buku Amanat 2010 UTM

Selamat membaca..(^_^)

5 comments:

  1. salam saudara....dngar cite saudara ni jarang masuk class eah...assignment slaloo x wat...kaki bodek lecturer....

    btol ke...mahu kepastian..x kan pemimpin plaja perangai burok..

    2 yg nk tanye troz kt tuan badan..

    p.e.a.c.e

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...

    terima kasih kepada saudara/i yang bertanya..

    sebenarnya saya tak berapa suka menjawab soalan orang misteri, yang tak dikenali. saya juga kadang2 saja membalas sms org2 misteri juga..

    tentang kelas dan assignment tu adalah brdasarkn keadaan. Cerita sebenar saya tak mahu tulis di sini, kerana akan memalukan sesetengah orang yg kononnya bakal mendidik anak bangsa..

    saya bukan jenis kaki bodek. Saya dapat apa yg saya usahakan. Mungkin ada yg merujuk gpa saya 3.91 dulu, dan rakan2 trdekat byk brgurau ttg perkara itu. jwpn saya masih seperti di atas.

    Takkan pemimpin pelajar berperangai burok? ya..sepatutnya begitu. Tapi manusia tak semuanya sempurna..

    kalau ikhlas nak tahu, boleh je hubungi saya.

    1more, saya ni jenis tak suka mengaibkan orang, jadi tak semua saya akan jawab di sini..sasaran saya menyertai kepimpinan adalah untuk membantu mahasiswa iaitu mereka yang mencari ilmu kerana pncarian ilmu satu ibadat.

    Cuma, kadang2 apa yg kita buat,tak penting kpd sesetengah org..mungkin mmemburukkan peribadi seseorg akan lebih membahagiakn mereka..dan kita hanya perlu biarkan mereka bahagia...

    ustaz hasrizal pernah menulis dlm saifulislam.com, 'memberi kepada yang tak menghargai.' Saya cadangkan untuk anda baca. terima kasih kepada yg bertanya..(^_^)

    sepatutnya sy delete soalan ini kerana xberkaitan dgn tajuk di atas...sy minta maaf jika trpaksa brbuat begitu akan pd masa akan dtg..

    p.e.a.c.e too..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwarahamtullahiwabarakatuh.
    Adakah anda seorang yang tegas?
    Emosi ketika berkata-kata?
    Sebabnya penulisan anda seperti beremosi.

    Mahasiswa di seberang ingin tahu.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbt

    terima kasih kpd yg bertanya...ketika menulis artikel ini, saya berada dlm keadaan tenang dan tenteram. Begitu juga ketika menjawab persoalan yg diutarakan oleh saudara anonymous...
    tulisan ni memang byk penafsiran sbb ianya berdasarkan isu yg dibincangkn.. untuk menjawab persoalan saudara, saya bukanlah seorang yg emosional...
    saya xsempat nk polish ayat sbb trgesa2 dgn urusan lain..maka saya terus kpd point dan kalau mungkin ada kritikan, sy berusaha menjawab setepat mungkin brdasarkan pertanyaan..
    mungkin satu masa kita boleh berbicara...

    saya masih orang yg rasional, bertoleransi dan tenang..(^_^)..terima kasih atas persoalan dan perhatian anda.

    ReplyDelete
  5. Sama-sama. Terima kasih kerana menjawab.

    ReplyDelete