Monday, January 18, 2010

Jika anda bakal MPP..


Saya rasa bulan Januari ini akan menjadi bulan yang terbanyak saya post kan tulisan saya. Berbanding tahun lepas, bulan Ogos merupakan catatan tertinggi penulisan blog sedangkan waktu itu saya sedang menjalani Latihan Mengajar. Banyak masa terluang agaknya...mungkin sebab sekolah tamat 2 petang dan langsung tiada kelas dan kuliah perlu dihadiri.

Hanya tinggal sehari sahaja lagi saya memegang amanah dan esoknya tarikh rasmi amanah kepada saya sebagai Naib Presiden (Fakulti) MPPUTM akan diserahkan. Saya sedang menanti waktu dan ketikanya term 'pelajar' akan menjadi 'mahasiswa' dalam nama MPP. Saya pernah menyebut dahulu, menukar nama tidak mengapa cuma sanggupkah kita memikul amanah yang terkandung di sebalik nama tersebut.

Betapa gahnya nama mahasiswa, menjadi buruan setiap pejuang ilmu, menggetarkan hati sang pemerintah yang culas, merobek tembok kejahilan, disanjungi agama, diteladani bangsa.

Malam ini akan ada mesyuarat khas sempena pembubaran pada Rabu ini, baru sahaja menerima SMS tadi.

Dua minggu kebelakangan ini, saya sering tidur di pejabat MPP. Walaupun tidak membawa motor kesayangan, boleh sahaja minta tolong rakan-rakan menghantar ke kolej nun jauh di sana, namun hati tak terasa ingin pulang. Biar sahaja saya Subuh di sini, esok pagi pun boleh balik. Katil kolej tidak menarik minat aku lagi. Sofa dan sejadah sudah cukup menjadi pengganti tilam dan bantal. Lantai berkarpet biru juga sudah memadai.

Melunasi sisa-sisa waktu sebagai MPP, mengatur laporan, mengemas barang-barang peribadi, mengosongkan meja akan menjadi kerja aku pada hari ini. "Salam 1Malaysia.. Kelas PTV n industri dibatalkan pg esk...", sms daripada Elias yang juga JKM KDOJ. Nampaknya aku mempunyai lebih waktu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 'ofis', panggilan mesra pejabat MPP.

Menjadi MPP bukanlah mudah..tetapi tidaklah sesukar yang dijangkakan. Saya masih seorang pelajar....opss...'mahasiswa' yang perlu ke kelas, mengikuti kuliah, mengambil ujian, menjawab kuiz, menghantar assignment membuat presentation dalam kelas. Cuma kadang-kadang tidak semua kelas dapat dihadiri, kuiz tertangguh, assignment terpaksa minta delay. Semua ini menuntut perhatian daripada rakan-rakan dan pensyarah untuk sama-sama memahami.

MPP adalah perwakilan pelajar seperti mana yang kita fahami. Cukup mudah, terus dan jelas tugasnya seperti yang termaktub pada namanya. Mewakili pelajar dalam mana-mana sudut; ke seminar, simposium, konvensyen, mesyuarat bersama menteri hatta jika terpaksa ke PBB sekalipun, masih atas dasar mewakili pelajar. Tetapi mereka juga adalah pemimpin; membawa hasrat dan harapan mahasiswa yang memilih mereka sebagai perwakilan.

Kepimpinan dan idea dalam kepimpinan tidak boleh dipisahkan. Kepimpinan yang tidak ber'idea' bukan kepimpinan yang berkesan. Pandangan mereka tentang akademik, perpaduan, kebajikan, isu-isu semasa, ekonomi dan lain-lain lagi, amat penting dalam melakar dasar dan tujuan kepimpinan mereka diwujudkan. Ideologi yang dibawa juga boleh menjadi ideologi yang pelbagai, melangit tinggi menjulang awan, menginginkan itu dan ini, ingin mencapai berbagai-bagai perkara. Dan akhirnya terpaksa juga merenung dan kembali berpijak di bumi.

UTM Sanjungan Bangsa. Ini tujuan terutama MPPUTM wujud tetapi peranannya tidak ter'penjara' dalam ruang lingkup UTM sahaja. Institusi ini adalah platform dan batu loncatan kepada mahasiswa yang memegang amanah untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Untuk ini, saya mengharapkan mereka yang benar-benar mahu menjadi MPP sahaja menawar diri menjadi calon dan bertanding sebagai pemimpin mahasiswa. Andai anda sekadar suka-suka ingin mencuba nasib, disuruh rakan atau pensyarah, dipaksa dipujuk orang tertentu; saya sarankan anda batalkan niat tersebut kerana anda hanya akan merosakkan lagi institusi MPPUTM dan tidak akan mampu memikul amanah sebagai pemimpin mahasiswa.

MPPUTM adalah pemimpin mahasiswa, akan tetapi mereka juga orang duta universiti yang membawa nama dan keunggulan institusi ilmu. Mereka juga akan bersama-sama institusi kerajaan terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi dalam merangka agenda dan menyumbang buah fikiran untuk membangunkan institusi ilmu dan juga kebajikan rakyat. Politik negara hanya beberapa peratus sahaja dalam semua ini; yang dikesalkan ianya menjadi keutamaan sesetengah pihak hingga peranan utama yang perlu dimainkan terabai begitu sahaja.

Jika anda MPP atau bakal MPP, saya ada dua nasihat untuk anda;

Pertama. Jadikan mahasiswa, UTM, KPT dan Malaysia adalah keutamaan anda.
Kedua. Jangan lupakan nasihat pertama.

Baca juga >> Apa Itu MPP?

4 comments:

  1. Salam...
    Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
    Majlis Perwakilan Pelajar, orang yang masuk dalam organisasi ini dipanggil apa? Ahli MPP? Exco MPP?

    MPP perlu lebih mengambil berat terhadap siapa atau apa?
    Mahasiswa?
    Universiti?

    Kerana bagi saya, mengikut nama 'MPP UTM', maknanya mewakili mahasiswa UTM dan bukannya UTM.

    Mungkin mahasiwa yang dahulu memilih nama ini kerana mereka sebenar ingin mewakili mahsiswa itu sendiri. Namun saya tidak bermaksud menyatakan bahawa mereka tidak mempedulikan universiti cuma lebih amat mewakili mahsiswa.

    It is writen on the name.

    Mahasiwa seberang yang ingin tahu.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt...

    sesiapa yg terpilih utk jwtn dlm mpp umumnya dipanggil exco mpp. cuma utk 9 jwtn majlis tertinggi dipanggil mngikut jwtnnya...spt presiden, su, bendahari dll..

    MPPUTM adalah utk mahasiswa tapi peranannya juga pelbagai...bukan sekadar mewakili malah memimpin mereka..tiada pemisahan samada mahasiswa atau universiti krn kedua2nya brgerak seiring..

    nama MPPUTM adalah pengenalan kpd Majlis Perwakilan Pelajar UTM, tapi dalam sesetengah platform MPP mewakili UTM cthnya dlm konvensyen kebangsaan. Tapi masih lagi dlm konteks membawa agenda mahasiswa.. penulisan yg saya tulis adalah hasil pengalaman, pengamatan dan pendapat saya trhadap institusi ini.

    yg pasti, MPP utk mahasiswa dan ia juga imej kepada universiti yg menaunginya.. peranan MPP tidak trhad dlm kampus semata2..

    ReplyDelete
  4. Wah, jawapan yang menarik!
    Terima kasih.

    Mungkin selepas ini saya perlu kaji sejarah kedatangan nama MPP.

    Sekian.

    ReplyDelete