Thursday, January 28, 2010

Terima Kasih Mahasiswa UTM

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Yang memiliki keagungan dan kemegahan singgahsana kerajaanNya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Mahasiswa UTM kerana sudi untuk keluar mengundi dan seterusnya memberikan mandat dan kepercayaan anda kepada saya. Sesungguhnya kemenangan saya pada hari ini adalah kemenangan mahasiswa UTM untuk melihat kepimpinan mahasiswa diangkat dan dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi.

Kemenangan ini adalah kemenangan mahasiswa UTM untuk melihat kebajikan anda dijaga dan ditambah nilai kualitinya, kemenangan untuk perpaduan yang lebih erat, kemenangan untuk penyuburan budaya ilmu dan kemenangan anda untuk melihat Model Ekonomi Baru Mahasiswa dilaksanakan.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya Omar bin Abdullah dan Wan Zaimah bte Wan Abdul Rahman; ibu bapa yang saya kasihi; yang telah mendidik, menyokong dan mendokong harapan dan cita-cita anaknya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan jentera Evolusi Mahasiswa yang banyak membantu, rakan-rakan sukarelawan dari Kolej Dato Onn Jaafar, rakan-rakan mahasiswa anak Terengganu PERMATA, rakan mahasiswa dari Fakulti Pendidikan, rakan-rakan mahasiswa UTM International Campus Kuala Lumpur; dan mahasiswa yang secara langsung atau tidak langsung yang membantu kemenangan saya.

And thank you very much to our brother and sister, International Student from Sudan, Nigeria, Yaman, Somalia and few more country that i may not remember. I really appreciate your commitment to give me your vote and encourage your friend to vote for me.

Saya Muhammad Zaki bin Omar telah berjanji kepada diri saya sendiri untuk melakukan yang terbaik kepada mahasiswa dan saya memohon kepada anda semua untuk turut sama membantu saya. Saya membuka kepada anda semua mahasiwa UTM untuk menegur dan mengkritik kepimpinan saya. Saya rindukan suara anda. Agar saya sentiasa ingat dan tidak lalai dengan amanah ini.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan, idea serta buah fikiran dalam segenap aspek yang berkaitan mahasiswa agar barisan kepimpinan MPPUTM 2009/2010 ini dapat melakukan yang terbaik untuk anda semua. MPPUTM ini adalah milik mahasiswa. Jatuh bangun, tawa dan airmata akan kita harungi bersama.

'Harapan dan Perubahan'
'Keceriaan dan Kegembiraan'
'Kejayaan dan Kegemilangan'

Salam 1Malaysia
Salam 1UTM

Muhammad Zaki bin Omar
Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010

5 comments:

  1. tahniah!

    tahun lepas kau menang. tapi MPP masih tak bawak apa² perubahan. cuma menumpang atas nama perubahan yang dibawa oleh universiti.

    harapnya tahun ini suara mahasiswa itu lebih dapat didengar. jangan hanya buat rapat umum di meranti sebelum pilihanraya, tapi lepas ni nak nampak batang hidung pun susah kat sana.

    ReplyDelete
  2. sokong fairuz.
    Ingatlah, sesiapa yang memegang amanah, sebelah kakinya berada di neraka, manakala sebelah lagi berada di syurga

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

    'Harapan dan Perubahan'
    'Keceriaan dan Kegembiraan'
    'Kejayaan dan Kegemilangan'

    What is these?
    Adakah perkara ini yang akan dibawa dalam perubahan sekarang?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbt..

    InsyaAllah sedang diusahakan.. Kita mempunyai ramai mahasiswa-mahasiswa yang terbaik, yang setia dengan jenama UTM dan bersedia sepenuhnya membantu MPP membangunkan UTM.

    Yakinlah bahawa gelombang perubahan akan tiba dan seluruh mahasiswa UTM akan mendapat manfaatnya.

    Yang Menyayangi UTM,
    Muhammad Zaki bin Omar
    MPPUTM 2009/2010

    ReplyDelete