Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Salam Perpaduan..
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan rakan-rakan yang sehebat mereka. InsyaAllah saya akan berusaha sebaik mungkin dan tidak akan mengecewakan anda semua. Semoga pertolongan rakan-rakan mahasiswa yang sanggup bersengkang mata, memerah tenaga, mengeluarkan wang ringgit sendiri; saya mendoakan anda mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT..
Pemilihan kali ini merupakan antara yang paling sengit dalam sejarah UTM. Dengan pendaftaran calon yang mencapai 102 orang. Seramai 25 calon bertanding untuk kerusi umum dan selebihnya 77 orang untuk kerusi fakulti.
Saya menyertai pemilihan ini dengan hasrat untuk melihat kepimpinan mahasiswa diangkat dan dimartabatkan ke peringkat lebih tinggi. Saya juga berhasrat untuk memastikan kemudahan, prasarana dan kebajikan bukan sekadar disediakan; malah mencapai kualiti yang setanding dengan piagam terhadap seorang pelanggan.
Saya juga berhasrat untuk hidup dan belajar dalam suasana perpaduan antara kaum yang lebih kukuh. Kesatuan dan persefahaman yang lebih erat akan membawa lebih banyak kebaikan dan keharmonian. Mahasiswa juga perlu dilihat sebagai pelopor kepada perpaduan kaum dan juga mampu mewujudkan persefahaman sekalipun berlainan ideologi.
Jika saya antara calon yang memenangi pemilihan kerusi umum, saya bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang terpilih samada daripada Evolusi Mahasiswa mahupun ProMahasiswa. Bagi saya kedua-dua ini adalah platform untuk membina kepimpinan mahasiswa, dan seusai selesai Pemilihan Perwakilan Pelajar, semua pihak perlu mengutamakan MPPUTM dalam segala hal dan menggerakkan agenda kemahasiswaan.
Suka saya menyatakan kesediaan saya untuk mengeratkan lagi hubungan antara MPPUTM bersama Jawatankuasa Kolej Kediaman, Persatuan dan Kelab. Semoga aktiviti yang membina daya ketrampilan dan sahsiah pelajar dapat diperkukuh serta dipertingkatkan. Peluang kepada semua mahasiswa untuk terlibat akan dibuka lebih luas.
Dan saya menyeru kepada mahasiswa UTM untuk membantu percambahan budaya ilmu yang merupakan budaya masyarakat kampus. Sama-sama kita perbanyakkan seminar, forum, dialog, simposium, konvensyen yang berkualiti tinggi untuk penghayatan kita bersama.
~Pemilihan Perwakilan Pelajar~
Inilah masa yang kita tunggu selama ini. Dan masa itu telah tiba kepada kita. Dan sekarang inilah masanya. Masa untuk kita membuat keputusan terhadap setahun yang akan kita lalui selepas ini.
Saya ingin menyampaikan mesej kepada anda semua; Mahasiswa UTM mahupun universiti tempatan. Mesej 'Harapan dan Perubahan', 'Kegembiraan dan Keceriaan' dan 'Kejayaan dan Kegemilangan'.
Kita mampu untuk mencapai kegemilangan yang diharapkan. Kepada umat Islam, kita meyakini semua ini mampu dicapai dengan izin Allah SWT.
Perasaan saya kuat menyatakan bahawa kita akan mempunyai kepimpinan mahasiswa yang lebih kukuh selepas pemilihan kali ini dan ianya akan merentasi peringkat antarabangsa. Dan saya berhasrat untuk melihat MPPUTM mewakili Malaysia dalam persidangan tahunan UNESCO pada tahun ini.
Kebajikan mahasiswa akan akan mencapai tahap kualiti yang lebih baik. Perpaduan antara kita akan semakin kukuh. Budaya ilmu akan lebih bercambah. Dan saya berhasrat untuk melancarkan Model Ekonomi Baru Mahasiswa yang telah saya kaji sejak 6 bulan yang lepas. Diharapkan dengan model ekonomi ini, mahasiswa lebih mampu membiayai pengajian masing-masing dan membiayai penyertaan mereka dalam Global Outreach Programme.
Pesan saya kepada mahasiswa; Kenali calon anda, kenali latar belakang mereka, buat penilaian terhadap manifesto mereka, bincanglah dengan rakan-rakan, ajak mereka untuk turut sama mengundi dan buatlah keputusan yang terbaik.
Yang Menyayangi UTM,
Muhammad Zaki bin Omar
Calon Umum,
Pemilihan Perwakilan Pelajar 2009/2010
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
ReplyDeleteKenyataan yang menyatakan bahawa "antara yang paling sengit," saya kurang bersetuju.
Jika dilihat pada angka yang dipaparkan memang ramai calonnya, namun baru sebentar tadi saya nampak poster digantung. Akan tetapi perkara ini masih kurang meriah seperti dulu.
Semalam dapat pekeliling daripada UTM supaya mahasiswa membuang undi. Antara yang tercatat, "Universiti memandang serius terhadap kepekaan mahasiswa dan mahasiswi dalam memilih perwakilan-perwakilan yang benar-benar berwibawa dan komited".
Malam semalam, baru digantung poster seorang calon daripada Skudai.
Saya tanya mahasiswa-mahasiwa, siapa yang mungkin mereka akan undi Khamis ini? Jawapannya, tidak tahu. Ada yang memilih berdasarkan 'Nur' yang mungkin dapat dilihat di muka-muka calon. Selain itu, ada yang menyatakan ingin membuat undi rosak.
Susah hidup dunia dan akhirat kita, jika memilih pemimpin yang zalim. Fenomena pemilihan kali ini menyebabkan mahsiswa kurang berfikir. Kurang input, mungkin?
Difirkan dari sudut yang berlainan, mahasiswa kini adalah mahasiswa lesu, tidak kretif dan inovatif seperti yang disrankan universiti.
Semoga selepas ini, pada masa yang akan datang kejadian pemikiran manusia berubah.
Selamat mengundi. Undiku rahsia.
Jika perlu buatlah solat sunat 'istikharah'.
Sekian.
Perubahan mahasiswa pemangkin kemajuan negara.
Waalaikumussalam wbt...
ReplyDeletesaya minta maaf krn masih belum menjawab bbrp persoalan. Saya mengakui kesengitan yang dimaksud hanya kepada jumlah penyertaan, juga dengan kemeriahan speaker corner di UTMJB.
Saya mengharapkan untuk berkempen seperti tahun lepas di UTMIC namun kekangan masa dan kerja di sini mambantukan hasrat.
Jika saya masih diberi kepercayaan utnuk berada dalam kabinet MPPUTM, saya akan mencadangkan sesi kempen yg lebih panjang untuk membangkitkan kemeriahan. Cuma dirisaukan masih ada pihak cenderung melakukan provokasi, 'baling batu sembunyi tangan'. Tapi diharapkan kita makin berubah..
Saya mahu kita bukan lagi bertanding untuk nama kumpulan mana yang lebih popular, suara siapa lebih lantang. Kita mahukan pertandingan kepimpinan yang baru dan segar. Kita mahukan pertandingan idea siapa lebih hebat, ketrampilan diri dan kewibawaan, kemampuan membentuk perpaduan, kekuatan mendokong budaya ilmu..
Perkara ini yang patut dipertandingkan..Dan insyaAllah saya akan gagaskan jika berada dalam kabinet mahasiswa..Doakan saya..
Tahniah dan terima kasih atas keprihatinan UTMIC. I love UTMIC.
Best Regards,
Muhammad Zaki bin Omar
http://anis20dec89.blogspot.com/
ReplyDelete