Saturday, January 30, 2010

Model Ekonomi Baru Mahasiswa

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Apa khabar mahasiswa UTM? Demam pemilihan perwakilan pelajar telah berakhir bukan? Saya mengharapkan agar mandat daripada mahasiswa ini diterima dengan senang hati oleh semua pihak.

Pembentukan kabinet mahasiswa semakin hampir dan insyaAllah kita akan ada kabinet yang terbaik untuk mahasiswa.

Saya ingin mengajak anda semua untuk ke Perjumpaan Bulanan Bersama Naib Canselor UTM. Pada 2 Februari 2010, Selasa, 7.45 pagi bertempat di Dewan Sultan Iskandar.

Dato' NC sedang berada di Jepun dan insyaAllah kita akan mendapat input-input terbaru daripada beliau pada hari selasa nanti. Sama-sama kita ikuti perkembangan UTM dan memberi sokongan untuk menjayakan hasrat UTM ke arah mencapai taraf Universiti Penyelidikan.

Draf Model Ekonomi Baru Mahasiswa sedang diperkemaskan dan saya akan sekali lagi berjumpa dengan kumpulan pakar yang bersedia membantu mahasiswa dan staf UTM keluar daripada kekangan kewangan. Mereka ada menyatakan anggaran pendapatan bulanan yang bakal diperolehi, cuma saya fikir anda boleh dapatkan input tersebut melalui seminar yang akan MPPUTM anjurkan pada Mac akan datang.

Diharapkan melalui model ini, lebih ramai mahasiswa mampu untuk membiayai pengajian masing-masing, menyertai Global Outreach Program dan menyumbang kepada Tabung Endowment Merdeka UTM.

Muhammad Zaki bin Omar
Majlis Perwakilan Pelajar UTM 2009/2010

1 comment:

  1. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

    Perjumpaan bulanan dengan NC? Kalau di UTMIC hanya staf sahaja dijemput.

    Memang bagus jika dijemput mahasiswa-mahasiswi di sini mendengar ucapan NC.

    Mungkin selepas ini boleh.

    Apa input yang NC sampaikan?
    Kongsilah.

    ReplyDelete