Friday, January 8, 2010

Kalimah Suci

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Hari ini saya menerima satu email yang saya kira sangat penting untuk diberi perhatian berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak HERALD-THE CATHOLIC WEEKLY. Email ini mengandungi 3 fail PDF yang tidak terlalu panjang penulisannya dan mudah difahami.



Fail pertama bertajuk 'HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN'. Artikel ini telah disediakan oleh Saudara Mohd Aizam bin Mas'od yang bertugas di cawangan Aqidah, bahagian Penyelidikan. Artikel ini memuatkan definisi kalimah ALLAH dari pelbagai sumber, sejarah ringkas, 5 hujah oleh pihak Kristian bagi menggunakan kalimah ALLLAH dan 5 hujah pihak JAKIM yang menafikan hujah mereka. Artikel ini juga telah diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM, Bil 1, Tahun 2008.

Fail kedua merupakan kenyataan media daripada Y.B Senator Dato Jamil Khir Haji Baharom bagi pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Fail ini memuatkan 5 perenggan kenyataan media. Pada perenggan ke-4, dimuatkan keputusan fatwa berhubung penggunaan kalimah ALLAH oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Fail ketiga merupakan kenyataan media daripada Dato' Haji Wan Mohamad, Ketua Pengarah JAKIM berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah dibuat. Beliau juga menegur Tan Sri Murphy Pakiam, Arcbishop Roman Katolik dalam kenyataannya. Beliau menekankan bahawa tolak ansur dan kebijaksanaan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya agar keharmonian beragama di Malaysia terus terpelihara.

**klik link di atas untuk download**

Ringkasan yang saya buat di atas tidak mencerminkan keseluruhan penulisan ketiga-tiga fail di atas. Saya menyarankan anda download dan baca ayat demi ayat bagi lebih memahami isi yang diutarakan. Kalimah Allah terbukti digunakan oleh semua agama; akan tetapi penggunaan kalimah ALLAH oleh umat Islam jauh lebih meluas dan mendalam pengertiannya berbanding Kristian dan lain-lain agama.

Situasi di Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara-negara luar. Malah hanya sebilangan minoriti orang Kristian yang mahukan penggunaan kalimah ALLAH secara terbuka. Chatolic Church tidak mewakili keseluruhan Kristian di Malaysia malah tindakan mereka lebih banyak keburukan daripada manfaatnya. Melainkan HERALD-THE CHATOLIC WEEKLY mendapat publisiti percuma di dalam akhbar mahupun internet.

Yang terutama pada saya ialah sistem pendidikan Islam mestilah lebih diperkasakan serta program-program keagamaan di masjid surau dioptimumkan jika benar kita menyayangi umat Islam keseluruhannya. Gelaja sosial yang yang jelas kelihatan, ancaman aqidah dan kemurtadan umat Islam juga bukan sesuatu yang rahsia lagi.

Oleh itu, saya menyeru kepada pemimpin masyarakat dan pemimpin mahasiswa untuk kita sama-sama bangunkan umat Islam Malaysia; juga tidak dilupakan masyarakat bukan Islam yang berada di bawah tanggungjawab kita.

Sesungguhnya Allah menyediakan perancangan yang besar untuk melihat siapa di kalangan hambaNya yang beriman dan bertakwa. ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..

1 comment:

  1. salam...
    isu menolak penggunaan nama Allah oleh org kristian di Malaysia perlu dirujuk kpd alim ulama'.bukan sewenang2nya kite menetapkan keputusan utk menolak atas sbb akal kita yg cetek(maaf kalo saya t'kasar bahasa)...
    Allah yg menciptakan kite,wajarkah kite yg mengatakan bhw Allah milik kite? sedangkan Allah lah yg berhak memiliki kite...semasa zaman Rasulullah SAW memerintah, baginda menggunakan p'kataan "Allah" utk berdakwah kpd org kristian di Arab..dan org kristian di Arab memang menggunakan p'kataan Allah sbg tuhan mereka.
    cube tgok keaadaan di Sabah n Sarawak...mereka xdihalang pn pngunaan kalimah Allah.walhal,ape yg m'bezakan mereka n semenanjung?dlm 1Malaysia kn?..saya rasa, isu ini dibangkitkan adalah sbg permainan politik oleh pihak t'tentu.xperlu sy sebutkan rasenye...sekadar b'kongsi pandangan

    ReplyDelete