Friday, January 29, 2010

Hope And Change

Assalamualaikum wbt..
Selamat Sejahtera..
Salam Perpaduan..

Saya ingin mengucapkan selamat menduduki ujian dan kuiz kepada mahasiswa sepanjang minggu ini. Dan minggu-minggu akan datang. Yakinlah usaha anda untuk membangunkan diri dan keintelektualan mahasiswa akan sentiasa dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Pembentukan kabinet mahasiswa akan menyusul dan program-program yang terbaik berdasarkan manifesto-manifesto calon yang menang akan diusahakan.. Kita mempunyai ramai mahasiswa-mahasiswa yang terbaik, yang setia dengan jenama UTM dan bersedia sepenuhnya membantu MPP membangunkan UTM.

Yakinlah bahawa gelombang perubahan akan tiba dan seluruh mahasiswa UTM akan mendapat manfaatnya.

Saya memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mengkhianati amanah dan mandat mahasiswa. Usaha anda tidak akan berjaya! Kepada sesiapa yang terlibat, saya dengan rendah diri memohon anda semua melupakan semua hasrat kotor lagi jijik ini.

Kepada yang cuba memperjudikan nasib mahasiswa, saya memberi amaran supaya mengundur diri.

Kepada sesiapa yang berhasrat mengkhianati perjuangan mahasiswa, anda ialah musuh kami!

Kepada sesiapa yang mahu memecahbelahkan perpaduan mahasiswa, kami akan mengalahkan anda!

Ini adalah amaran pertama dan terakhir. Tiada maaf bagi pengkhianat perjuangan mahasiswa. Sekalipun anda BUKAN seorang mahasiswa!

Yang Menyayangi UTM,
Muhammad Zaki bin Omar
MPPUTM 2009/2010

1 comment:

  1. Salam Perubahan

    Tahniah dan Takziah diucapkan kepada Pemimpin kepada harapan baru mahasiswa.
    Amalkanlah politik ilmu bukan politik ampu,
    politik hikmah bukan politik fitnah, politik bakti bukan politik undi.

    Gunakan kuasa yang ada untuk berbakti kepada mahasiswa.
    Kita semua harus berani.
    Jangan jadi bachul dan barwa kepada pihak2 tertentu.

    ReplyDelete