Monday, January 4, 2010

Speaker Corner dan Memorandum

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi UTM kerana buat pertama kalinya universiti tempatan mengadakan sesi Speaker Corner sebagai menyambut saranan Timbalan Menteri II, KPT, Dato' Saifuddin Abdullah supaya Speaker Corner diwujudkan semula.

Sesi ini mengambil tempat di Dataran Agora berhadapan dengan Pusat Islam yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Sultan Ismail.

Sesi Speaker Corner ini bukan sekadar untuk memeriahkan suasana intelektual di kampus, malah digunakan untuk menyampaikan hasrat hati mahasiswa untuk melihat maruah Islam dan nama Allah dipelihara.

Speaker Corner ini diadakan bersama-sama penyerahan memorandum Bantahan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Akhbar Mingguan Herald-The Catholic Review kepada naib Canselor UTM, Prof. Dato' Dr. Ir. Zaini bin Ujang di hadapan Pusat Islam.

Ucapan pembukaan dimulakan oleh Saudara Abd Hadi bin Abd Halim dengan ucapan alu-aluan, seterusnya membacakan isi kandungan memorandum kepada khalayak pendengar.

Ucapan kedua disampaikan oleh saya, Muhammad Zaki bin Omar, selama 10 minit. Saya mempersoalkan tujuan Tan Sri Murphy Pakiam membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sedangkan sebelum ini telah banyak siri perbincangan antara pihak berautoriti agama Islam, pihak Kristian dan ahli akademik Malaysia berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Prof. Dr. Naquib Al-Attas dalam Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam bertempat di Institut Integriti Malaysia, 13 Disember 2009 yang lepas, telah menyatakan bahawa pihak Kristian Malaysia tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Secara ringkasnya, penggunaan kalimah Allah telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Islam dan Kristian di Timur Tengah. Akan tetapi, dirantau Asia Tenggara khususnya di Malaysia, kalimah Allah pertama kalinya telah digunakan oleh umat Islam; sebelum kedatangannya pihak Kristian melalui perdagangan seterusnya menjajah Tanah Melayu.

Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan, sebagai mewakili pihak kehakiman dan Badan Perundangan Malaysia sepatutnya dihormati. Perkara yang dikesali ialah keputusan kehakiman ini dibuat pada 31 Disember 2009 iaitu malam tahun baru 2010 yang mana diraikan oleh masyarakat Kristian seluruh dunia.

Adakah tarikh ini 'terpilih' secara kebetulan? Ataupun ianya dijadikan sebagai hadiah tahun baru kepada masyarakat Kristian? Saya fikir Datuk Lau Bee Lan perlu menjawab persoalan ini kerana beliau dilihat bias atau berat sebelah dalam hal ini, sekalipun dalam pemilihan tarikh.

Mari kita menyusuri sejarah di Iraq. Saddam Hussein dihukum gantung pada 30 Disember 2006, iaitu tepat pada pagi 10 Zulhijjah 1426H. Dan tarikh itu merupakan Hari Raya Pertama Aidiladha! Mengikut undang-undang di UK dan Ireland, sebarang hukuman ditangguhkan sehingga tamat cuti Krismas atau sebarang perayaan. Dan, menghormati tarikh-tarikh perayaan merupakan satu prinsip dalam perundangan dan kehakiman samada undang-undang konservatif mahupun perundangan Islam.

Adakah Lau Bee Lan mahukan pesta tahun baru 2010 masyarakat Kristian lebih meriah sedangkan isu penggunaan kalimah Allah sesuatu yang sangat sensitif untuk umat Islam? Isu tarikh ini bukan masalah masyarakat Kristian, tetapi Datuk Lau sendiri! Mustahil beliau terlepas pandang. Sebagai seorang hakim tindakan ini amat tidak bermoral.

Ucapan ketiga disusuli oleh Saudara Miqdad yang meminta masyarakat Islam Malaysia lebih sensitif dengan perkembangan terbaru isu ini dan bertindak memperjuangkan maruah agama Islam dan kalimah Allah. Sesi ini ditutup dengan bacaan doa oleh beliau, diiringi airmata kesedihan melihat maruah agama dihina dan dipermainkan.

Mahasiswa dan kumpulan penyokong Evolusi Mahasiswa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor di hadapan Pusat Islam sebelum beramai-ramai menunaikan solat Asar.

Ya Allah, tiada perancangan yang lebih hebat daripada perancanganMu. Andainya semua ini adalah untuk menguji iman kami, saksikanlah bahawa kami beriman kepadaMu. Dan kekalkanlah hati-hati kami ini dalam rahmat dan ihsan Mu.

8 comments:

  1. salam..isu nasional, tak ajak pun...sedihnya..

    ReplyDelete
  2. hahaha...sunah ko nk diajak buat apa? ko baju oren..haha

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam sunah...

    maaf tak sempat ajak huhu..saya sibuk buat ucapan tym tu. Baru dapat tahu kul 1tghari, adhoc sgt. Tapi kawan2 dari PMI ada jugak bertakbir sekali.
    Alhamdulillah berjaya dilakukan walaupun berdebar jugak.

    Wakil proM pun ada tadi. Dalam isu ini, tiada sapa2 dibezakan; apa warna sekalipun..

    kepada penyapulidi; terima kasih kerana membaca blog saya..(^_^)

    ReplyDelete
  4. hmm..tu lah..kenapa mesti tulis kerjasama eVo-M..aduss..politik kampus..

    isu2 begini sering dijadikan bahan untuk politikus..peringkat YB Malaysia juga serupa..uh..ku sayangkan ummat!

    ReplyDelete
  5. salam..

    anonymous: ini bukan isu oren atau merah, evo atau pro..tapi ini isu keagamaan, isu sensitiviti umat Islam...

    YB Zaki: erm..sepatutnya ajak satu kampus, baru lebih berkesan..kalau tak, segelintir je yang terkesan dengan penggunaan nama ALLAH sesuka hati, yang tak tau akan terus tak tau...

    ReplyDelete
  6. syukran sunah krn tolong jelaskan kepada anonymous.

    Mmg sepatutnya diajak satu kampus tapi apakan daya. Maybe kita boleh buat yang 2nd round plak kalau kes ni xde perkembangan baik dalam 2-3 hari akan datang.

    Yang bagusnya ada sorang pelajar India, Ravin turut serta. Alhamdulillah ada juga yang bukan Islam ambil berat hal ini.

    ReplyDelete
  7. salam,

    quotes: "Prof. Dr. Hussein Al-Attas dalam Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam bertempat di Institut Integriti Malaysia, 13 Disember 2009 yang lepas"

    zaki, rasanya ada kesalahan fakta disini, bukan Prof Hussein, tapi Prof Naquib Al-Attas...check balik seminar pack tu, salah tulis nama laa,hehe

    ReplyDelete
  8. Yup. Memang silap. Time ucapan pun tak sure sebut yang mana, kena tengok video semula. Yang sure ada Al-Attas kat belakang nama tu.
    Sedang membaca buku Intelektual Masyarakat Membangun bab 7 sebelum ber'speaker corner' dan ketika menulis blog... penterjemah memang Hussein Al-Attas.. Terima kasih BO

    ReplyDelete