Saturday, January 9, 2010

Perniagaan Internet Dari Youtube


Jam 3 pagi semalam saya ber'YM' dengan seorang kawan. Internet Marketer yang tegar hehe.. Bukanlah tegar sangat tapi incomenya sudah mengalahkan gaji pensyarah.

Dia pernah menceritakan seorang pensyarahnya memperkecil-kecilkan usahanya terlibat dengan perniagaan internet. Sedangkan pensyarahnya pun tak tahu bagaimana untuk gunakan internet dalam berniaga.

Rakan saya ini, Hasbulaqill tidak bermula dengan modal yang besar bahkan boleh dikatakan tidak mengeluarkan modal langsung. Kecuali perlu ada laptop dan internet. Sebelum pakai Wimax yang dia gunakan sekarang, hanya mengharapkan wifi free saja la.

Sekarang dia boleh hidup selesa dengan dengan pendapatan sedia ada. Orangnya low profile, ada gaya, dikategorikan sebagai kacak juga tapi baru berumur 19 tahun! Anda terkejut..? Saya pun terkejut juga.

Saya mengenali beliau melalui iklan kecil yang ditampal di Kafe Meranti. Tak perlu kut cerita apa iklan itu tetapi sejak kenal beliau mulai semester yang lepas, saya mulai mengenali dunia internet dengan lebih mendalam. Dan bagaimana internet dapat memberikan pendapatan tambahan kepada pelajar universiti tanpa mengeluarkan sesen pun!

Beliau seorang pelajar maahad di Kelantan, bijak, cerdas, express MARA dan sekarang ini sedia membantu mana-mana mahasiswa untuk meneroka dunia internet yang tiada sempadan ini.

Abang beliau juga merupakan seorang yang hebat juga. Mempunyai background yang sama dan merupakan graduan mahasiswa UNITEN, berumur 24 tahun dan mempunyai pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan melalui internet..(sebenarnya RM50k tu hanya pendapatan minimum sahaja..)

Untuk menjimatkan masa anda, saya berikan link yang saya dapat daripada si Hasbulaqill ni jam 3.30 pagi tadi. Satu Ebook rahsia bagaimana menjana pendapatan melalui YouTube yang beliau berikan secara percuma!

Youtube selalu kita buka untuk tujuan hiburan, upload video yang ntah apa-apa sedangkan ianya mesin ATM kepada si Hasbulaqill ini.


Laman web beliau boleh dilayari di http://hasbulaqill.com/.

Selamat datang ke dunia perniagaan internet..(^_^)

No comments:

Post a Comment